KAMPUNG HIJRAH DALAM DILEMA

KAMPUNG HIJRAH DALAM DILEMA

PERSOALANNYA

· DENGAN IZIN ALLAH SWT, BN NEGERI SARAWAK AKAN BERJAYA MEMBENTUK KERAJAAN BARU SELEPAS PILIHAN RAYA NEGERI PADA 16 APRIL 2011.

APAKAH YANG AKAN TERJADI KEPADA KAMPUNG HIJRAH?

· SEGALA IKHTIAR DAN TITIK PELUH WARGA KAMPUNG HIJRAH BELUM MENDAPAT RESTU DARIPADA ALLAH SWT. SERTA TIDAK MENDATANGKAN HASIL YANG DIHARAPKAN SELAMA INI

· SEBABNYA, KUASA PEMIMPIN MASA KINI TERLALU “HEBAT” BERBANDING KUASA ALLAH SWT

· APAKAH KEDEGILAN PENDUDUK KAMPUNG HIJRAH UNTUK BERPINDAH SELEPAS DIBERI AMARAN KERANA MEMPERTAHANKAN HAK KE ATAS TANAH MILIK SENDIRI MENGUNDANG “BENCANA” SERTA KEDAIFAN YANG MELANDA PADA MASA KINI????

· KAMPUNG HIJRAH SUDAH DIISTIHARKAN SEBAGAI ZON TIDAK SELAMAT

· ANDAIKATA BN MENANG PILIHAN RAYA KE 10 , PASTINYA TSUNAMI BN DIRAMAL MEMBADAI KAMPUNG HIJRAH LEBIH DASYAT LAGI BERBANDING TSUNAMI YANG MELANDA JEPUN PADA 11 MARCH, 2011.

AYUHLAH! SAUDARA-SAUDARI.

BERSEDIALAH UNTUK MENYELAMATKAN DIRI, KAUM KELUARGA SERTA HARTA BENDA KITA DARIPADA MALA PETAKA YANG BAKAL MELANDA KITA SELEPAS 16 APRIL 2011

KAMPUNG HIJRAH, KAWASAN N.49 NANGKA SIBU



bloody wealth/harta berdarah,taib mahmud

TERKINI DARI KAMEK

Wednesday, April 6, 2011

MASYARAKAT MELAYU DAN BUMIPUTRA SIBU INGINKAN HAK MEREKA TERJAMIN!!!

Setelah sekian lama masyarakat MELAYU sibu ditindas Oleh Pemimpin melayu yang mereka pilih dahulu....
adakah pemimpin muda Dun N.49 iaitu 
Dr. Anuar Rapee 
mampu memenangi kembali kepercayaan rakyat Melayu Sibu????






JIKA PEMIMPIN MUDA INI MAMPU MEMBANTU KAUM MELAYU DAN BUMIPUTRA DI SIBU . 
KAMI PENDUDUK KAMPUNG HIJRAH MEMINTA PEMIMPIN MUDA INI TURUN BERSEMUKA DENGAN JAWATAN KUASA KAMPUNG BAGI MEMBUAT PERJANJIAN YANG TANAH YANG KAMI DUDUKI TIDAK AKAN DIRAMPAS DENGAN SEMUDAH-MUDAHNYA OLEH PIHAK TERBABIT.


INGATLAH!!
RAMAI ANAK MUDA YANG BERADA DILUAR SARAWAK SUDAH KECEWA DENGAN PEMERINTAH YANG SEDIA ADA!!!! KERANA ANAK JATI SARAWAK TIDAK MUDAH DIPERBODOHKAN SEPERTI MANA PEMIMPIN TERDAHULU MEMPERBODOHKAN MEREKA.

SEKALI LAGI DENGAN SEGALA HORMATNYA KAMI PENDUDUK KAMPUNG HIJRAH MENJEMPUT PEMIMPIN MUDA YANG MEWAKILI DUN.N49 NANGKA 
DR. ANUAR RAPEE 
TURUN PADANG BERJUMPA DENGAN WAKIL PENDUDUK BAGI MEMBERI JAMINAN AKAN STATUS TANAH YANG DIDIAMI OLEH PENDUDUK SEKARANG TIDAK AKAN DIRAMPAS DENGAN BEGITU SAHAJA.


KAMI TIDAK INGIN KEPIMPINAN SEPERTI TEDAHULU BERULANG KEMBALI.
KEMBALIKAN HAK KAUM BUMIPUTRA DAN MELAYU YANG TELAH LAMA KEHILANGAN HAK MERAKA SEBAGAI ANAK JATI SARAWAK!!!



Kisah pemimpin terdahulu:
sumber dari sebanaku-sarawak.blogspot.com


AN OPEN LETTER TO THE BARISAN NASIONAL CHAIRMAN
Date : May 17, 2010


Datuk Patinggi YAB Mohd Najib Tun Abdul Razak,
Office of The Prime Minister,
Main Block, Perdana Putra Building,
Federal Government Administrative Centre,
62502 Putrajaya, MALAYSIA


Datuk Patinggi YAB PM,


RE: Analisa Pilihanraya Kecil Sibu
___________________________________

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.

Saya mengambil keputusan untuk memberanikan diri untuk berkongsi dengan Datuk Patinggi YAB PM pandangan saya mengenai pilihan raya kecil di Sibu baru-baru ini kerana saya merasakan bahawa ianya mampu membantu Datuk Patinggi YAB PM memahami faktor-faktor yang membawa kepada kekalahan Barisan Nasional kepada Democratic Action Party (DAP).


Maafkan saya sekiranya Datuk Patinggi YAB PM merasakan bahawa saya cuba untuk menunjuk pandai memandangkan Datuk Patinggi YAB PM telah lama berkecimpung dalam politik. Bahkan sejak dari umur diperingkat 20-an lagi.

Walau bagaimanapun, saya bertegas untuk berkongsi pandangan dengan Datuk Patinggi YAB PM.

Menyentuh tentang strategi yang diguna pakai oleh Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil tersebut, saya amat yakin sekiranya Datuk Patinggi YAB telah meluangkan masa untuk membaca artikel saya yang bertajuk “DAP Will Win The Sibu By-Election”, sedikit sebanyak akan dapat membantu Datuk Patinggi YAB PM.

Malangnya Datuk Patinggi YAB PM terlalu sibuk untuk meluangkan masa, walaupun sedikit masa, untuk membaca artikel tersebut yang terdapat dalam blog saya – http://sebanaku-sarawak.blogspot.com.

Saya akui bahawa terdapat banyak faktor-faktor yang membantu DAP memenangi pilihanraya kecil yang lepas.

Faktor-faktor yang akan saya sentuh mungkin juga ada dinyatakan dalam kertas kerja keputusan ‘post mortem’ yang diberikan oleh pihak Barisan Nasional Negeri Sarawak.

Namun saya merasa sangsi sekiranya apa yang akan Datuk Patinggi YAB PM baca dalam kertas kerja tersebut akan menyamai apa yang akan saya nyatakan dalam surat ini.

Bahkan saya berani berkata bahawa apa yang akan saya nyatakan ini lebih berani dari apa yang ditulis dalam kertas kerja keputusan ‘post mortem’ yang Datuk Patinggi YAB PM akan terima nanti.

Bagi saya faktor utama yang menyebabkan kekalahan Barisan Nasional di Sibu ialah faktor undi Melayu.

Sekiranya Datuk Patinggi YAB PM merujuk kepada statistik pilihanraya, Datuk Patinggi YAB akan melihat bahawa jumlah pengundi Melayu di kawasan Nangka - iaitu kawasan yang mempunyai kependudukan komuniti Melayu paling banyak di kawasan parliament Sibu - yang turun mengundi telah merosot sebanyak 20 % kepada 48% iaitu rekod jumlah peratusan keluar mengundi yang paling buruk dalam sejarah kawasan pilihanraya Sibu.

Ini menunjukkan ramai pengundi Melayu yang enggan turun mengundi atas sebab merajuk ataupun tidak puas hati dengan sesuatu.

Untuk pengetahuan Datuk Patinggi YAB PM, rata-rata penduduk di kawasan Nangka merasa amat jengkel dengan wakil rakyat mereka Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah yang lalai menjalankan tugasnya sejak dari penggal pertama beliau dipilih sebagai wakil rakyat dibawah bendera Barisan Nasional.

Kaum Melayu amat mengharapkan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah untuk membela nasib mereka yang dipinggirkan oleh SUPP.

Malangnya Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hanya berminat untuk memberi janji-janji palsu dan membiarkan bangsa beliau sendiri dipinggirkan oleh SUPP.

Perlu dinyatakan disini bahawa telah banyak aduan-aduan dan rayuan-rayuan yang dibuat oleh komuniti Melayu di Kawasan Nangka untuk pengetahuan pihak pemimpin atasan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetapi malangnya kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kelihatan enggan bertindak.

Saya akui bahawa Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tidak boleh tidak dipersalahkan secara total dalam hal ini. Walau bagaimanapun, saya merasakan bawa Datuk Patinggi YAB PM sudah tentu amat setuju individu-individu disekeliling Datuk Patinggi YAB PM amat memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan informasi yang betul kepada Datuk Patinggi YAB PM.

Saya merasakan Datuk Patinggi YAB PM tentu masih ingat diketika Datuk Patinggi YAB PM hampir kalah dalam satu pilihanraya umum atas sebab “no problem boss” sindrom.

Merujuk kepada kes Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tidak mendapat informasi yang tepat dari rakan baik Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah iaitu Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar yang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Untuk pengetahuan Datuk Patinggi YAB, sejak dari beberapa tahun yang lepas Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar kian dilihat sebagai mata dan telinga Pehin Sri Abdul Taib Mahmud setelah mendapatkan percayaan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Malangnya Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar telah menyalahgunakan kepercayaan yang telah diberikan oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan melindungi kecelaan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah dari pengetahuan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

(Untuk pengetahuan Datuk Patinggi YAB PM, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar telah banyak melakukan mungkar dalam politik sehinggakan rakan perjuangan dalam Barisan Nasional telah membuat teguran secara halus kepada beliau agar jangan bertindak keterlaluan. Kemungkaran Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar tidak akan dinyatakan secara detail disini memandangkan isu yang disentuh ialah rakan beliau iaitu Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.)

Walau bagaimanapun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akhirnya menyedari kecelaan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah dan kemudiannya menyenaraikan nama Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah sebagai salah seorang dari enam orang Wakil Rakyat yang akan digugurkan untuk pilihanraya negeri yang akan datang.

Malangnya, kematian Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hui Choi telah mengganggu kelancaran perlaksanaan perancangan yang telah dilakukan oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Kita sebagai manusia hanya mampu merancang namun Tuhan Yang Berkuasa yang menentukan.

Dalam pilihanraya kecil Sibu yang lepas, kemarahan orang Melayu adalah satu kejadian yang munasabah berdasarkan sejarah Kawasan Nangka.

Ahli-ahli PBB telah cuba memujuk komuniti Melayu agar tidak menghukum Barisan Nasional dengan mengundi DAP tetapi malangnya rasa amarah telahpun menebal sehingga menyebabkan mereka tidak dapat dipujuk rayu lagi.

Untuk pengetahuan Datuk Patinggi YAB PM, di saat-saat akhir sebelum tempat pengundian ditutup, ada ahli-ahli PBB yang telah menukar taktik meraih undi dengan mengatakan bahawa sekiranya pengundi Melayu mengundi BN, maka Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah tidak lagi akan dicalonkan sebagai calon wakil rakyat dalam pilihanraya negeri yang akan datang.

Saya merasakan taktik yang dibuat disaat-saat akhir ini berkesan memandangkan ada pengundi Melayu yang termakan dengan pujukan manis ini.

Pada masa yang sama, pengundi Melayu, yang telahpun menyimpan dendam amarah dengan wakil rakyat mereka Datuk Awang Bemee Awang Ali Hassan, merasa terkilan dengan tindakan Datuk Patinggi YAB PM kerana gagal menjenguk bangsa Datuk Patinggi YAB PM sendiri.

Datuk Patinggi YAB PM kelihatan lebih berminat memenangi hati bangsa Cina dan bukannya hati bangsa Datuk Patinggi YAB PM sendiri.

Ini telah menambahkan kepedihan hati bangsa Melayu yang dipinggirkan oleh Datuk Patinggi YAB PM yang ironiknya adalah presiden sebuah parti politik yang mendokong konsep ketuanan Melayu.

Walaupun hakikatnya Datuk Patinggi YAB PM tidak patut dipersalahkan sepenuhnya dalam hal ini memandangkan ianya adalah kesilapan rakan baik Datuk Patinggi YAB PM iaitu the Legendary Sibu Conman (sila rujuk artikel dalam blog saya yang bertajuk The Legendary Sibu Conman) yang telah memberi realiti politik yang palsu dan rapuh kepada Datuk Patinggi YAB PM bahawa orang Melayu tidak memerlukan usaha Datuk Patinggi YAB PM untuk memujuk mereka menyokong BN.

Saya yakin bahawa Datuk Patinggi YAB PM tidak mengetahui bahawa ramai orang Melayu kecewa dengan Datuk Patinggi YAB PM kerana Datuk Patinggi YAB PM gagal menghadirkan diri untuk satu majlis yang mana Datuk Patinggi YAB PM telah diwar-warkan akan menghadirkan diri.

Malangnya, keputusan Datuk Patinggi YAB PM untuk mendengar nasihat the Legendary Sibu Malay Conman telah mendatangkan malapetaka buat BN.

Dari pengiraan kasar saya, jumlah per kepala nilai projek-projek termasuk bantuan kewangan yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada kaum Cina ialah RM84,000 se-kepala manakala orang Bumiputera ialah hanya RM1,075 se-kepala.

Mengapakan nilai se-kepala untuk kaum Cina - yang terdiri dari 25% dari jumlah penduduk Sarawak - lebih dari 8,000 % lebih banyak dari kaum Bumiputera yang merupakan penduduk majoriti Sarawak, iaitu lebih dari 70%?

Bagaimana Datuk Patinggi YAB PM mewajarkan pemberian yang melebihi 8,000% ini?

Amat sedih sekali kaum Melayu kerana dipinggirkan oleh presiden parti Melayu yang mendokong konsep Ketuanan Melayu.

Kepedihan hati ini mengakibatkan pengundi Melayu mengambil keputusan untuk memberi undi mereka kepada DAP.

Ianya adalah lebih bersifat kepada undi protes kepada Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah dan juga kepada Datuk Patinggi YAB PM sendiri.

Menyentuh kepada faktor sokongan kaum Cina untuk SUPP, ianya satu rahsia terbuka (‘open secret’) bahawa kaum Cina memang tidak menyukai SUPP.

Kalau dikatakan bahawa kaum Cina tidak menyukai Barisan Nasional, ianya adalah kurang tepat.

Walaupun diakui bahawa Barisan Nasional turut menyebabkan kaum Cina tidak menyukai SUPP seperti isu premium tanah yang merupakan satu isu yang penting untuk kaum Cina, ianya bukan merupakan satu isu yang bersifat hakiki yang menyebabkan kaum Cina tidak menyukai SUPP.

Kalau dilihat dari segi rekod respon SUPP ke atas permasalahan yang disuarakan oleh kaum Cina, rekod SUPP adalah lebih baik dari PBB.

Dan juga, dari satu sudut, kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh SUPP kepada kaum Cina lebih baik dari kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh PBB kepada kaum Bumiputera.

Malangnya, dari segi kerakusan, para pemimpin SUPP menyamai kerakusan pemimpin parti yang diterajui oleh Datuk Patinggi YAB PM sendiri.

Di semua kawasan yang mana kaum Cina dalah majoriti, semua projek pembangunan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional disapu bersih oleh pemimpin SUPP dan kroni mereka sahaja.

Ini menyebabkan kaum Cina merasa marah.

Kita perlu ingat bahawa kaum Cina secara amnya ialah kaum yang berniaga. Oleh itu, ianya adalah satu perkara yang tidak dapat diterima oleh kaum Cina apabila projek pembangunan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk sesuatu kawasan majoriti Cina, hanya dibolot oleh pemimpin SUPP dan kroni mereka.

Kalau kita bandingkan kawasan Melayu ataupun Iban dengan kawasan Cina di kawasan Parlimen Sibu, Datuk Patinggi YAB PM akan bersetuju bahawa kawasan Cina lebih tersusun atau pun lebih moden berbanding dengan kawasan Melayu ataupun Iban.

Malangnya kontraktor-kontraktor yang ditugaskan untuk melaksanakan projek pembangunan tersebut hanya dari kalangan pemimpin SUPP dan kroni mereka.

Kaum Cina adalah satu kaum yang menitikberatkan perniagaan untuk ‘survival’ tetapi malangnya kek perniagaan hanya dibolot oleh satu pihak sahaja, iaitu pemimpin SUPP dan kroni mereka.

Saya akui bahawa ada pemimpin Melayu yang rakus seperti yang terdapat dalam artikel yang bertajuk “OBYU and The Act Of Betrayal” dan “The Legendary Sibu Malay Conman” dalam blog yang sama, iaitu http://sebanaku-sarawak.blogspot.com.

Walaupun kaum Melayu menyedari bahawa mereka telah ditipu sehingga berbillion ringgit oleh seorang Melayu yang ditugaskan untuk membela nasib meraka di Sibu, mereka hanya merasa terkilan dan bukannya marah.

Ini disebabkan kaum Melayu, secara hakikinya, bukanlah satu kaum yang berteraskan perniagaan tetapi bekerja dengan orang.

Hanya sekerat sahaja yang bekerja sendiri manakala sebilangan besar bekerja makan gaji.

Sekiranya kaum Cina ditipu oleh bangsa sendiri (iaitu pemimpin SUPP dan kroni mereka) sehingga berbilion ringgit, bandar Sibu akan hangus terbakar sebaik sahaja berita pembelotan ini tersebar.

Tapi bukannya kaum Melayu yang terkenal dengan pendirian – “tidak mengapa, nanti Tuhan akan balas”.

Kaum Cina tidak menunggu Tuhan mereka untuk membalas tetapi orang Melayu menunggu Tuhan mereka untuk membalas.

Inilah hakikatnya.

Atas sebab inilah, walaupun Datuk Patinggi YAB PM dan pemimpin Barisan Nasional yang lainnya menjanjikan beratas-ratus juta ringgit untuk untuk projek pembangunan di Sibu, secara amnya kaum Cina tidak merasa “excited” kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan dapat habuan dari projek-projek tersebut.

Kesemua projek-projek tersebut akan dibolot oleh pemimpin SUPP dan kroni mereka yang mempunyai kerakusan menyamai pemimpin parti yang diterajui oleh Datuk Patinggi YAB PM sendiri.

Oleh itu, tidak memeranjatkan apabila janji-janji yang ditaburkan oleh Datuk Patinggi YAB PM gagal memenangi hati kaum Cina untuk mengundi Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil yang lalu.

Para pemimpin SUPP menyedari hakikat ini dan atas sebab itu mereka amat berharap untuk mendapatkan undi dari orang Melayu

Dan para pemimpin SUPP amat mengharapkan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah untuk berjaya mendapatkan undi orang Melayu.

Malangnya SUPP tidak mengetahui bahawa orang Melayu telah begitu marah dengan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Dan mungkin pemimpin SUPP tidak mengetahui bahawa sejak dari pilihanraya kedua yang disertai oleh Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, para pemimpin atas PBB seperti Dato Sro Haji Mohd Asfia Aawang Nassar dan Datuk Amar Awang Tengah Awang Ali Hassan telah melutut dihadapan pengundi Melayu merayu agar mereka mengundi Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.

Dan pada pilihanraya kecil yang lepas, kaum Melayu telah serik dan nekad bahawa “enough is enough”.

Menyentuh kepada pepecahan dalam kaum Cina dalam parti SUPP di Sibu, secara amnya ianya berasaskankepada dua kumpulan perniagaan besar yang berasaskan keluarga di Sibu yang ketuai oleh KTS and Rimbunan Hijau (RH).

Persaingan diantara kedua-dua kumpulan perniagaan ini amat sengit dan bukan sahaja terhad di bandar Sibu sahaja bahkan dimana-mana sahaja dimuka bumi ini asalkan kedua-dua kumpulan ini beroperasi dalam kawasan yang sama.

Kedua-dua kumpulan perniagaan ini mempunyai penyokong masing-masing.

Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan yang lepas Datuk Robert Lau Hui Choi ialah dari kumpulan perniagaan KTS dan calon SUPP dalam pilihanraya kecil tersebut juga dari kumpulan perniagaan KTS.

Bahkan Datuk Robert Lau Hui Choi dan calon SUPP tersebut iaitu Robert Lau Hui Yew adalah sepupu.

Disebabkan ramai anggota kumpulan perniagaan KTS adalah pemimpin SUPP, maka parti tersebut cenderung untuk memberi perhatian kepada kumpulan perniagaan KTS dan ini menyebabkan kumpulan perniagaan RH sering kali ‘memberontak’.

Secara mata kasarnya pertelingkahan politik di Sibu di kalangan kaum Cina ialah diantara pemimpin-pemimpin SUP tetapi secara hakikinya ialah diantara dua kumpulan perniagaan besar ini, iaitu KTS dan RH.

Faktor kaum Iban tidak banyak membawa permasalahan kepada SUPP atas sebab kemarahan mereka berjaya dikawal oleh pemimpin kaum tersebut.

Mereka merasa marah dengan SUPP kerana meminggirkan mereka tetapi mereka masih dapat membendung kemarahan mereka.

Atau sebab itulah undi Iban masih lagi memihak kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil lepas.

Kesimpulan saya ialah adalah satu kesilapan yang besar di pihak Barisan Nasional untuk beranggapan bahawa pengundi Cina dilihat sebagai sasaran utama dalam pilihanraya kecil lepas.

Sasaran utama yang sepatutnya ialah kaum Melayu dan kaum Iban.

Sebanyak manapun wang yang ditaburkan, tidak akan membawa apa-apa makna kepada pengundi Cina di Sibu kerana mereka tidak akan dapat habuan.

Perlu diingati sekali lagi, kaum Cina ialah kaum yang berniaga. Oleh itu, apa-apa projek pembangunan yang diberikan kepada kaum Cina membawa makna mereka juga berhak untuk mendapatkan habuan tersebut, dan bukan hanya dikalangan pemimpin SUPP dan kroni mereka.

Akhirkata, saya harap Datuk Patinggi YAB PM akan dapat meluangkan masa membaca artikel-artikel yang disiarkan dalam blog http://sebanaku-sarawak.blogspot.com untuk mengemaskinikan informasi-informasi yang ada pada Datuk Patinggi YAB PM.


Sekian. Terima Kasih.


Yang benar,



Sebanaku Sarawak
 
Posted by Sebanaku Sarawak at 9:29:00 PM

1 comment:

  1. Saya Norisham Mohamed Ali, Calon PKR P49 Nangka akan mengadakan pertemuan dengan penduduk Kg. Hijrah dalam masa terdekat.

    Bersama-sama kita memberikan signal yang jelas bahawa pengundi P49 Nangka mahukan pembaharuan.

    ReplyDelete