KAMPUNG HIJRAH DALAM DILEMA

KAMPUNG HIJRAH DALAM DILEMA

PERSOALANNYA

· DENGAN IZIN ALLAH SWT, BN NEGERI SARAWAK AKAN BERJAYA MEMBENTUK KERAJAAN BARU SELEPAS PILIHAN RAYA NEGERI PADA 16 APRIL 2011.

APAKAH YANG AKAN TERJADI KEPADA KAMPUNG HIJRAH?

· SEGALA IKHTIAR DAN TITIK PELUH WARGA KAMPUNG HIJRAH BELUM MENDAPAT RESTU DARIPADA ALLAH SWT. SERTA TIDAK MENDATANGKAN HASIL YANG DIHARAPKAN SELAMA INI

· SEBABNYA, KUASA PEMIMPIN MASA KINI TERLALU “HEBAT” BERBANDING KUASA ALLAH SWT

· APAKAH KEDEGILAN PENDUDUK KAMPUNG HIJRAH UNTUK BERPINDAH SELEPAS DIBERI AMARAN KERANA MEMPERTAHANKAN HAK KE ATAS TANAH MILIK SENDIRI MENGUNDANG “BENCANA” SERTA KEDAIFAN YANG MELANDA PADA MASA KINI????

· KAMPUNG HIJRAH SUDAH DIISTIHARKAN SEBAGAI ZON TIDAK SELAMAT

· ANDAIKATA BN MENANG PILIHAN RAYA KE 10 , PASTINYA TSUNAMI BN DIRAMAL MEMBADAI KAMPUNG HIJRAH LEBIH DASYAT LAGI BERBANDING TSUNAMI YANG MELANDA JEPUN PADA 11 MARCH, 2011.

AYUHLAH! SAUDARA-SAUDARI.

BERSEDIALAH UNTUK MENYELAMATKAN DIRI, KAUM KELUARGA SERTA HARTA BENDA KITA DARIPADA MALA PETAKA YANG BAKAL MELANDA KITA SELEPAS 16 APRIL 2011

KAMPUNG HIJRAH, KAWASAN N.49 NANGKA SIBU

bloody wealth/harta berdarah,taib mahmud

TERKINI DARI KAMEK

Friday, April 5, 2013

Komen CMS tetang Video PANAS!!


Taib mengatakan pendedahan video Global Witness adalah ‘licik’

KUALA LUMPUR, 5 April — Tan Sri Taib Mahmud telah mencabar Global Witness untuk berdebat dengannya dalam isu rundingan tanah haram di Sarawak, dan menuduh kumpulan aktivis alam sekitar antarabangsa itu mempunyai agenda tersembunyi dengan melawat negeri terbesar Malaysia itu menggunakan “cara licik”.
Beliau juga mencadangkan terdapat kaitan diantara Global Witness dan parti pembangkang.
“Jangkamasanya keterlaluan untuk diabaikan ... saya fikir ada kaitan antara mereka dan pembangkang,” kata ketua menteri Sarawak paling lama berkhidmat yang berkata pengeluaran video menunjukkan bagaimana rundingan tanah haram didakwa berlaku di negeri itu tidak lama sebelum Pilihan Raya 2013.
Dalam video yang dimuatnaik semalam, ketua menteri Sarawak itu juga mengatakan tuduhan Global Witness terhadapnya juga disebabkan oleh maklumat terpakai diperolehi dari Bruno Manser Fund (BMF).
Beliau menjemput aktivis antarabangsa itu untuk melihat sendiri Sarawak, yang beliau dakwa mempunyai banyak pencapaian dalam memelihara hutannya.
“Global Witness sepatutnya… tidak menyorok di belakang maklumat terpakai dari NGO,” kata Taib (gambar) kepada saluran The Malaysian Observer (MobTV), merujuk kepada kumpulan aktivis alam sekitar dan hak asasi manusia BMF.
Ketua menteri menjadi perhatian antarabangsa minggu lepas selepas Global Witness mengeluarkan video dokumentari menuduh ketua Barisan Nasional (BN) negeri telah menerima berjuta ringgit sebagai balasan dari rundingan tanah di negeri Borneo itu.
Beliau menafikan tuduhan hanya lima peratus hutan tinggal di negeri tersebut, mengatakan gambaran sebenar boleh dilihat di negeri tersebut menggunakan statelit imej Google.
Google memetakan Dunia menggunakan gambar imej statelit dan gambar aerial dalam aplikasi Google Earth dan Google Maps.
Taib semalam mendakwa dirinya menjadi mangsa permainan nakal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyatakan pendirian tidak akan bekerjasama dengan agensi tersebut dalam siasatan rasuah yang dipalitkan ke atasnya.
“Mereka tidak layak mendapat kerjasama saya kerana agak nakal….mereka tidak jujur,” kata Taib kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat BN di sini.Taib juga menegaskan dirinya tidak bersalah, mendakwa sepupunya dan pihak tertentu cuba menyabitkan dirinya dalam pendedahan video tersebut dengan menawarkan diri mereka sebagai ejennya untuk mendapatkan ganjaran.
Dalam video berjudul “Inside Malaysia’s Shadow State”, penyiasat Global Witness itu menyamar menjadi pelabur luar, menunjukkan beberapa keratan video tentang perbualan dengan sepupu dan peguam Ketua Menteri Sarawak itu, untuk membeli tanah dengan keuntungan besar namun akan menyebabkan orang asal di kawasan tersebut kehilangan tanah.

No comments:

Post a Comment