KAMPUNG HIJRAH DALAM DILEMA

KAMPUNG HIJRAH DALAM DILEMA

PERSOALANNYA

· DENGAN IZIN ALLAH SWT, BN NEGERI SARAWAK AKAN BERJAYA MEMBENTUK KERAJAAN BARU SELEPAS PILIHAN RAYA NEGERI PADA 16 APRIL 2011.

APAKAH YANG AKAN TERJADI KEPADA KAMPUNG HIJRAH?

· SEGALA IKHTIAR DAN TITIK PELUH WARGA KAMPUNG HIJRAH BELUM MENDAPAT RESTU DARIPADA ALLAH SWT. SERTA TIDAK MENDATANGKAN HASIL YANG DIHARAPKAN SELAMA INI

· SEBABNYA, KUASA PEMIMPIN MASA KINI TERLALU “HEBAT” BERBANDING KUASA ALLAH SWT

· APAKAH KEDEGILAN PENDUDUK KAMPUNG HIJRAH UNTUK BERPINDAH SELEPAS DIBERI AMARAN KERANA MEMPERTAHANKAN HAK KE ATAS TANAH MILIK SENDIRI MENGUNDANG “BENCANA” SERTA KEDAIFAN YANG MELANDA PADA MASA KINI????

· KAMPUNG HIJRAH SUDAH DIISTIHARKAN SEBAGAI ZON TIDAK SELAMAT

· ANDAIKATA BN MENANG PILIHAN RAYA KE 10 , PASTINYA TSUNAMI BN DIRAMAL MEMBADAI KAMPUNG HIJRAH LEBIH DASYAT LAGI BERBANDING TSUNAMI YANG MELANDA JEPUN PADA 11 MARCH, 2011.

AYUHLAH! SAUDARA-SAUDARI.

BERSEDIALAH UNTUK MENYELAMATKAN DIRI, KAUM KELUARGA SERTA HARTA BENDA KITA DARIPADA MALA PETAKA YANG BAKAL MELANDA KITA SELEPAS 16 APRIL 2011

KAMPUNG HIJRAH, KAWASAN N.49 NANGKA SIBU

bloody wealth/harta berdarah,taib mahmud

TERKINI DARI KAMEK

Friday, May 3, 2013

JOM BACA : Luahan Hati Anak Dr Mazlan Kepada Rakyat Malaysia


Assalamualaikum sahabat-sahabat yang dikasihi.


Setelah lama menyepi maka aku akan ceritakan sebab-sebab Dr Mazlan menentang DSAI. Ramai rakan-rakan yang baik hati, private message aku dan tanya kenapa lawan DSAI. Alhamdulillah cara yang baik dan Islami. Tapi aku terkilan dengan mereka yang secara terbuka menyerang dan mengkritik aku, tag di sana sini. Kot2 nak PM dulu ka tanya ka, dak pun. Tanpa menyelidik pun sebab kenapa lawan DSAI.

Maka hari ini saya secara terbuka akan menceritakan kenapa kita perlu menentang DSAI. Dr Mazlan telah menggadaikan pekerjaan besar Naib Presiden Telekom Malaysia hanyalah demi menyelamatkan akidah ummat!

Anwar Ibrahim membawa bersamanya ideologi yang pelik, bercanggah dengan syarak. Maka kerana tiada siapa yang sudi untuk menentang beliau, maka Dr Mazlan lah yang menjadi ayam tambatan kepada ummat. Itu pun masih lagi yang menyerang beliau. Malah rakan-rakan aku dari PAS ada jugak yang taksub tu, kutuk  Dr Mazlan, "kata dia ni memang tak suka Anwar lepastu UMNO guna la"..
Beradap la sikit.. tak boleh nak husnul zhon langsung.

Ni link blog kenapa kami tolak Anwar Ibrahim dan kenapa anda juga perlu tolak. Bukti turut disertakan. Khatam dulu baru balun aku dalam komen di bawah.

1. Anwar menentang keputusan Ulama Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Syura Ulama' PAS. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/anwar-ibrahim-lawan-keputusan-majlis.html

2. Anwar Ibrahim bawak pluralisme agama laitu Islam sama benar dengan agama lain. Bagi dia matlamat sama cuma jalan agama berbeza.http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/pluralisma-agama.html

3. Anwar Ibrahim bawak liberalisme agama, laitu atas nama kebebasan bersuara, hina nabi pun tak apa, juga berkata sistem khilafah ni hanya tradisi pun tak pa, undang2 Islam ni hanya undang2 keluarga sahaja dan lain2.http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/liberalisme-agama_27.html

4. Menerima anjuran program homoseksual sebagai salah satu perkara freedom of expression.    http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/membela-kaum-luth.html

5. Mengiktiraf negara haram Israel, bertentangan dengan fatwa ulama Malaysia dan dunia juga seperti Yusuf Qardhawi, Mustapha Mashoor, Wahbah Az Zuhaili dan lain-lain. http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/mengiktiraf-negara-haram-israel.html

6. Menerima murtad sebagai perkara dibenarkan dalam negara atas nama freedom of religion.
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/menerima-murtad-sebagai-konsep-dalam.html

7. Membela Salman Rushdie penulis buku yang menghina Rasul saw, atas nama kebebasan bersuara.
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/terima-salman-rushdie-hina-islam-dalam.html

8. Merayakan upacara agama lain, melakukan perkara yang diharamkan dalam Islam. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/merayakan-upacara-agama-lain.html

9. Menipu seluruh rakyat lagi dan lagi dan lagi sehingga ke hari ini.http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/kasihanilah-anwar-yang-teraniaya.html

10. Penutup. 
http://sinarpermatangpauh.blogspot.com/2013/04/penutup.html

Orang seperti Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin Pakatan Rakyat, berilah kepimpinan kepada orang baru pulak, pimpinan PAS lagi ramai yang tak menjual agama demi undi. Anwar Ibrahim tidak layak menjadi PM sekiranya PR menang. Dasar PKR sebagai parti paling banyak bertanding kerusi melebihi PAS, bukan bawa agenda Islam, bukan ada Majlis Syura, bukan dasar Islam pun.

Serahkan yang hak kepada mereka yang berhak.

Kepada yang kata kita menentang Anwar sebab kita anti-anwar, itu salah sama sekali! Kita menentang ideologi, dasar mencabar akidah yang dibawanya. Ideologi ini sepanjang masa akan menjadi ancaman buat islam, dan hari ini ideologi ini bertopengkan manusia bernama Anwar Ibrahim. Persoalannya, siapakah yang sudi menentang beliau dan menjadi katalis dalam tindakan ini?? Dan siapakah yang akan berada di sebelah sana membela tindakan Anwar Ibrahim?

Sesiapa yang ada fikrah Islam yang jelas pasti akan memilih menentang Anwar Ibrahim, bukannya setakat sembang lebat nak buat Islam tapi berdiam diri soal siapa Anwar Ibrahim; seterusnya membiarkan Dr Mazlan dicaci dihina walaupun perbuatan ini untuk kebaikan Ummat.

Kepada yang kata kita bergabung dengan pihak yang zalim, aku nak habaq orang yang zalim ialah orang yang membiarkan Anwar Ibrahim menjadi pemimpin, membiarkan ummat dirosakkan akidah mereka oleh manusia ini.

Ini bukan soal gabung dengan sesiapa, tapi soal nak halang orang yang tidak layak menjadi pemimpin, ketua di negara kita. Berlambak lagi yang layak, nak pilih orang macam ni buat apa? Jika ada individu yang berakidah sebegini dalam PKR, PAS, bahkan UMNO sekalipun maka semua orang wajib menolak orang ini tanpa kira parti.

Weight bertanding menentang Anwar Ibrahim tidak sama dengan weight menentang ahli biasa PKR. Kerana Anwar Ibrahim pemimpin PR, dan fikrah beliau akan dijadikan dasar negara sekiranya menang negara.

Takpayah cakap banyak. Kami bukan lawan PAS PKR tapi lawan figure yang bernama Anwar Ibrahim. Jangan dok ambik personal. Kawan2 aku yang PAS hampa dok kalut apa, kami bukan lawan PAS..PAS jugak untung kalau Anwar takdak, boleh PAS jadi kuat dalam PR.

Ni aku nak habaq mai, hampa khatam blog yang aku sertakan itu, lepas tu mai lah balun aku dan habaq benda kami buat ni betul atau salah!
Tak percaya lagi blog tu, pi jumpa ustaz-ustaz, bagi link blog tu suruh depa baca, dan tanya betui dak tindakan Dr Mazlan lawan Anwar?

Satu lagi, yang dok bubuh kesalahan konon ada ahli UMNO hina Nik Aziz kata kafir la, buat video seks konon Mustafa Ali la, apa kaitan dengan Dr Mazlan?
Boleh dak aku kata ahli PAS yang kata ahli UMNO kafir, tu Ustaz Hadi yang salah? Boleh ka? Aku nak bagi cayaq sikit otak jumud tu.

Akhlak ahli UMNO atau ahli PAS yang berjuta-juta orang mana boleh nak sama dengan Dr Mazlan atau Tuan Guru Haji Hadi. Ini tanggungjawab semua untuk dakwah, bukan bubuh kesalahan atas mana-mana pihak. Buang la sifat taksub tu...

Yang dok share sana sini konon Anwar dihina dimaki la dipenjara ditelanjangkan la apa, ya kita kesian kalau benda itu benar; tapi itu masih tidak menghilangkan kebenaran yang dengan akidah dia ni. Kalau Anwar jadi pemimpin negara dan dibawa bersamanya ideologi yang pelik dan bercanggah dengan syarak untuk dijadikan polisi negara, siapa nak tanggung? Maka haram untuk kita memilih beliau. Awat kalau kesian kat dia, dia jadi layak memimpin?

Takkan la kriteria layak nak jadi pemimpin itu kena buat orang kesian kat kita.

Ni orang yang fikrah Islam yang jelas, dia tak akan biaq orang macam Anwar ni jadi pemimpin. So something to ponder- pihak mana yang angkat Anwar jadi pemimpin? Parti UMNO ka? Dr Mazlan kena caci maki berkandaq, yang konon 'fikrah jelas' tu diammm ja, biaq kami kena maki.

Hampa sedaq dak kalau Dr Mazlan tak ambik tanggungjawab lawan Anwar dan Anwar menang dalam pilihanraya, dia jadi PM dan jadikan ideologi yang bercanggah islam tu dasar negara, hampa yang undi dia, hampa yang 'fikrah jelas' tu tanggung la dosa sebab mendiamkan kebenaran, seperti firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 42 "Dan janganlah kamu mencampurkan kebenaran dan kebatilan dan jangan kamu sembunyikan kebenaran itu sedang kamu mengetahuinya".

Yang kata Dr Mazlan gila duit la apa, dia tu dah VP TM kot, tak payah susah2 dah cari kerja lain, gaji dah berlambak pun, nak pi turun menghadap caci maki hampa ni buat apa. Yang pembangkang yang kata Dr Mazlan lapaq kontrak kerajaan lepas pilihanraya, bukankah hampa yang kata Kerajaan BN akan jatuh, oleh itu memang tak cerdik la sapa yang pi bertanding time ni, baik duduk diam2 kat Telekom, takdak caci maki. Orang dah berkorban jiwa raga hampa dok kutuk Dr Mazlan.


Takpala... kami buat demi Islam. Allah jugak yang nak judge kami di akhirat. Bukannya manusia mana2 yang hina Dr Mazlan tu..
Semoga Allah beri kefahaman Islam kepada semua, kemaafan kepada yang menghina, dan rahmat ke atas rakyat Malaysia. Aaameen inshaAllah.

Wallahua'lam.
Ahmad Uzair Mazlan
Anak Dr Mazlan

p/s: sila share beramai-ramai termasuklah kepada mana-mana ustaz jika tidak yakin. tq




Friday, April 5, 2013

Lagi Video pendedahan terhadap CMS oleh GW


In The Palm of His Hand


Published on Apr 2, 2013
From Global Witness to Eco Crime Watch: In The Palm of His Hand

As the controversial Global Witness 'sting' video continues to gather steam in Sarawak, US online news channel Eco Crime Watch has broadcast a remarkable feature on alleged Taib corruption in the Malaysian state of Sarawak in Borneo.
Watch Episode 2 by US journalist Bill Paul, speaking to the Chief Minister of Sarawak Taib Mahmud, former UK Prime Minister Gordon Brown, founder of Sarawak Report and Radio Free Sarawak Clare Rewcastle and Bruno Manser Fonds Director Dr Lukas Straumann, at http://crimewatch.businesscatalyst.co...

SPRM Nakal dan Tidak Jujur kata "CMS"


SPRM tidak layak dapat kerjasama saya, kata Taib Mahmud



KUALA LUMPUR, 4 April — Tan Sri Abdul Taib Mahmud mendakwa dirinya menjadi mangsa permainan nakal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyatakan pendirian tidak akan bekerjasama dengan agensi tersebut dalam siasatan rasuah yang dipalitkan ke atasnya.
Ketua Menteri Sarawak itu juga berkata tuduhan rasuah seperti yang didedahkan oleh Global Witness baru-baru ini tidak akan memberi impak kepada Sarawak.
“Mereka tidak layak mendapat kerjasama saya kerana agak nakal.
“Mereka tidak jujur,” kata Taib yang ditemui di bangunan Umno, PWTC, hari ini.
Taib juga berkata tidak takut jika disiasat oleh agensi penguatkuasa tersebut.
“Biar mereka jadikan saya mangsa... saya tidak takut,” katanya lagi.
Ketua menteri Sarawak paling lama tersebut mendapat perhatian umum bulan lepas selepas sebuah kumpulan aktivis alam sekitar mendedahkan video dokumentari menuduh pemimpin utama Barisan Nasional tersebut menerima berjuta-juta ringgit hasil daripada perjanjian tanah di negeri Borneo tersebut.
Taib juga menegaskan dirinya tidak bersalah, mendakwa sepupunya dan pihak tertentu cuba menyabitkan dirinya dalam pendedahan video tersebut dengan menawarkan diri mereka sebagai ejennya untuk mendapatkan ganjaran.
Beliau juga menolak video tersebut yang dikeluarkan GW itu bakal memberikan kesan dalam Pilihan Raya 2013 nanti.
“Ia hanya beri kesan kecil. Ia tidak mempengaruhi pemikiran orang ramai,” tambah beliau.
Dalam video berjudul  “Inside Malaysia’s Shadow State”, penyiasat GW itu menyamar menjadi pelabur luar, menunjukkan beberapa keratan video tentang perbualan dengan sepupu dan peguam Ketua Menteri Sarawak, untuk membeli tanah dengan keuntungan besar namun akan menyebabkan orang asal di kawasan tersebut akan kehilangan tanah.
Apabila ditanya sama ada BN melihatnya sebagai liabiliti, Abdul Taib berkata: “Liabiliti apa? Dalam pilihan raya lepas, saya mendapat lebih dua pertiga majoriti dan mereka tidak kisah pun tentang itu.”
BN mengekalkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri Sarawak 2011, tetapi dengan jumlah keseluruhan kecil.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang dipimpin oleh Taib memenangi semua kerusi yang ditandinginya.

Komen CMS tetang Video PANAS!!


Taib mengatakan pendedahan video Global Witness adalah ‘licik’

KUALA LUMPUR, 5 April — Tan Sri Taib Mahmud telah mencabar Global Witness untuk berdebat dengannya dalam isu rundingan tanah haram di Sarawak, dan menuduh kumpulan aktivis alam sekitar antarabangsa itu mempunyai agenda tersembunyi dengan melawat negeri terbesar Malaysia itu menggunakan “cara licik”.
Beliau juga mencadangkan terdapat kaitan diantara Global Witness dan parti pembangkang.
“Jangkamasanya keterlaluan untuk diabaikan ... saya fikir ada kaitan antara mereka dan pembangkang,” kata ketua menteri Sarawak paling lama berkhidmat yang berkata pengeluaran video menunjukkan bagaimana rundingan tanah haram didakwa berlaku di negeri itu tidak lama sebelum Pilihan Raya 2013.
Dalam video yang dimuatnaik semalam, ketua menteri Sarawak itu juga mengatakan tuduhan Global Witness terhadapnya juga disebabkan oleh maklumat terpakai diperolehi dari Bruno Manser Fund (BMF).
Beliau menjemput aktivis antarabangsa itu untuk melihat sendiri Sarawak, yang beliau dakwa mempunyai banyak pencapaian dalam memelihara hutannya.
“Global Witness sepatutnya… tidak menyorok di belakang maklumat terpakai dari NGO,” kata Taib (gambar) kepada saluran The Malaysian Observer (MobTV), merujuk kepada kumpulan aktivis alam sekitar dan hak asasi manusia BMF.
Ketua menteri menjadi perhatian antarabangsa minggu lepas selepas Global Witness mengeluarkan video dokumentari menuduh ketua Barisan Nasional (BN) negeri telah menerima berjuta ringgit sebagai balasan dari rundingan tanah di negeri Borneo itu.
Beliau menafikan tuduhan hanya lima peratus hutan tinggal di negeri tersebut, mengatakan gambaran sebenar boleh dilihat di negeri tersebut menggunakan statelit imej Google.
Google memetakan Dunia menggunakan gambar imej statelit dan gambar aerial dalam aplikasi Google Earth dan Google Maps.
Taib semalam mendakwa dirinya menjadi mangsa permainan nakal oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menyatakan pendirian tidak akan bekerjasama dengan agensi tersebut dalam siasatan rasuah yang dipalitkan ke atasnya.
“Mereka tidak layak mendapat kerjasama saya kerana agak nakal….mereka tidak jujur,” kata Taib kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat BN di sini.Taib juga menegaskan dirinya tidak bersalah, mendakwa sepupunya dan pihak tertentu cuba menyabitkan dirinya dalam pendedahan video tersebut dengan menawarkan diri mereka sebagai ejennya untuk mendapatkan ganjaran.
Dalam video berjudul “Inside Malaysia’s Shadow State”, penyiasat Global Witness itu menyamar menjadi pelabur luar, menunjukkan beberapa keratan video tentang perbualan dengan sepupu dan peguam Ketua Menteri Sarawak itu, untuk membeli tanah dengan keuntungan besar namun akan menyebabkan orang asal di kawasan tersebut kehilangan tanah.

Akhirnya Parlimen ke-12 BUBAR


PARLIMEN KE 12 BUBAR 




YDP AGONG MENANDATANGANI WATIKAH PEMBUBARAN PARLIMEN KE 12


 Seri Paduka Baginda Yang DiPetuan Agung berkenan membubar Parlimen ke 12 berkuatkuasa hari ini.

Berikut ucapan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengumumkan pembubaran Parlimen, di Putrajaya hari ini.

"Saya ingin memaklumkan kepada rakyat Msia bahawa pada pagi ini telah mengadap Yang d-Pertuan Agong dan menyembah warkah kepada baginda memohon perkenan supaya Parlimen Ke-12 dibubarkan pada hari ini Rabu 3 April 2013.
Datuk Seri Najib mengumumkan pembubaran
Sehubungan dengan itu, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Baginda telah pun memperkenankan bagi Parlimen Ke-12 dibubarkan berkuatkuasa hari ini
Sehubungan dengan itu, saya menasihatkan kepada ketua-ketua kerajaan negeri yang berkenaan untuk mengadap ketua-ketua negeri mereka bagi mendapat perkenan pembubaran DUN masing-masing agar pilihan raya umum dapat diselaraskan secara serentak di seluruh negara.
Rakyat Malaysia yang dikasihi.
Hari ini empat tahun lalu, pada tanggal 3 April 2009, saya telah mengangkat sumpah untuk memikul amanah serta tanggungjawab sebagai PM negara Malaysia yang tercinta.
Dalam tempoh tersebut saya bersama-sama TPM, anggota jemaah menteri dan anggota pentadbiran yang lain telah pun dengan segala ikhtiar dan upaya, mencetuskan dan melaksanakan pembaharuan serta perubahan berpaksikan kepada falsafah 1 Malaysia, rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan serta dipandu oleh Dasar Transformasi Nasional.
Dalam tempoh 4 tahun yang lepas, rakyat Malaysia telah dapat mengalami dan menyaksikan sendiri bagaimana program, perancangan serta dasar transformasi nasional yang melibatkan program transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan sosial telah dilaksanakan dan seterusnya membuahkan hasil dalam meningkatkan kesejahteraan hidup mereka dan memakmurkan negara.
Kerajaan yang ada pada hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan ini ialah yang meletakkan kepentingan tuan-tuan dan puan-puan rakyat Malaysia di atas segala-galanya. Kami merupakan kerajaan yang apabila berjanji, menepati janji, kami sebuah kerajaan yang apabila diberi amanah akan menjunjung dan melaksanakannya, bukan sikap kami menanam tebu di bibir.
Semuanya bukti komitmen kami mampu dinilai serta diukur daripada prestasi dan track rekod kami sepanjang 4 tahun yang lalu. Rakyat Malaysia yang dikasihi, pembubaran ini akan membuka laluan kepada bermulanya proses pilihan raya umum bagi kali yang ke-13 untuk negara semenjak tahun 1959. Iaitu apabila kita mula mengadakan pilihan raya umum yang pertama selepas merdeka.
Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan sebagai asas pemerintahan. Kuasa mutlak untuk memilih kerajaan berada di tangan rakyat.
Sejarah telah menunjukkan bahawa kebunggaran demokrasi telah berjaya menyediakan asas-asas yang subur untuk kestabilan dan keamanan nasional yang telah dinikmati warga negara ini selama lebih 5 dekad.
Amalan demokrasi di Malaysia kekal dan berjaya kerana walaupun bersifat sengit dan amat berdaya saing namun pada akhirnya ia berjaya kerana semua pihak menghormati proses dan keputusannya. Saya ingin menyeru agar tradisi ini diteruskan demi kesejahteraan rakyat dan kestabilan nasional.
Semua parti politik yang memilih untuk terlibat dalam pilihan raya umum kali ini perlulah bertanggungjawab. Janganlah kerana tidak yakin dengan sokongan rakyat terhadap parti masing-masing maka ada pihak yang cuba menyemai racun syak wasangka dan seterusnya merosakkan kepercayaan kepada integriti proses pilihan raya yang bakal diadakan.
Insaflah dan ambillah iktibar daripada apa yang berlaku di negara-negara lain di mana taktik ini telah cuba diguna pakai. Kesan dan akhirnya keputusan pilihan raya di negara-negara tersebut tidak lagi diyakini dan mana-mana kerajaan yang dipilih termasuk dari parti yang mengamalkan taktik-taktik tersebut telah ditolak rakyat. Negara akhirnya menjadi tidak stabil, pelabur hilang keyakinan, kemakmuran nasional merudum dan akhirnya rakyat menderita.
Sejarah selama ini telah membuktikan bahawa di malaysia sejak merdeka lagi, proses pilihan raya yang diadakan bersifat berwibawa, adil dan telus.
Kerajaan yang telah dipilih hasil pilihan raya umum sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat Negeri ialah kerajaan yang mendapat sokongan serta keyakinan majoriti rakyat sesuai dengan amalan demokrasi. Amalan demokrasi sebagai teras pemerintahan merupakan mekanisme terbaik yang pernah dicipta manusia.
Hakikatnya perbezaan pendapat, idea dan pandangan bukannya penyebab malapetaka atau punca perpecahan. Malah jika ditangani dan diuruskan secara baik sejarah telah menunjukkan ia mampu mendatangkan rahmat, yang akan membahagiakan rakyat dan memajukan negara.
Marilah kita sama-sama sama ada parti kerajaan mahupun parti pembangkang memberikan komitmen untuk memelihara keutuhan proses demokrasi dan menghormati keputusan yang akan dibaut oleh rakyat.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar pilihan raya ini akan berjalan dengan lancar aman, lancar dan selamat.
Rakyat Malaysia yang dikasihi, saya inign beri jaminan bahawa kerajaan yang ada akan meneruskan tugas dan tanggungjawabnya sesuai dengan prinsip keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sehingga selesai proses pilihan raya.
Saya juga ingin menyeru di samping memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia serta parti politik yang terlibat bahawa jika berlaku sebarang peralihan kuasa sama ada di peringkat Persekutuan mahu pun di peringkat negeri ia akan dan perlu berlangsung secara aman dan tertib.
Inilah iltizam kita dalam menjunjung prinsip demokrasi. Inilah tekad kita dalam menggerakkan transformasi politik. Inilah komitmen kita dalam menghormati suara dan mendahulukan kepentingan rakyat.
Kepada semua rakyat Malaysia terutama yang tinggal di pantai timur Sabah janganlah bimbang dan takut. Laksana dan tunaikanlah tanggungjawab tuan-tuan dan puan-puan sebagai warganegara Malaysia. Pihak keselamatan negara akan menjalankan tugas mereka untuk memastikan persekitaran yang selamat untuk tuan-tuan dan puan-puan sekalian.
Setiap undi tuan-tuan dan puan-puan adalah penting. Jangan bazirkan ia. Jangan pertaruhkan masa depan anak-anak dan negara Malaysia.
Fikir dan renungkanlah dengan sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan. Ini kerana undi saudara saudari akan menentukan bukan sahaja hala tuju negara dan negeri tetapi juga untung nasib anak cucu kita semua.
Dalam pilihan raya ini tuan-tuan dan puan-puan bukan sahaja bertanggungjawab memilih wakil saudara dan saudari bagi setiap kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tetapi juga memilih kerajaan yang akan mendokong aspirasi tuan-tuan dan puan-puan.
Rakyat Malaysia yang dikasihi, saya berdiri di sini dengan penuh rasa tawaduk dan terhormat kerana diberi kepercayaan untuk memimpin tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Saya dan rakan-rakan amat menghargai dan menjunjung tinggi kepercayaan yang telah diberikan oleh rakyat dan akan memberikan yang terbaik demi untuk Malaysia dan warganya.
Di sini saya selaku ketua kerajaan Barisan (BN) ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah memberi kepercayaan kepada rakyat Malaysia kepada kami kerajaan Barisan nasional (BN) untuk menerajui kepimpinan negara semenjak lima tahun yang lepas.
Mulai hari ini saya dan rakan-rakan kepimpinan Barisan Nasional (BN) akan turun dan bertemu dengan rakyat seluruh pelosok negara bagi meyakinkan rakyat Malaysia kenapa kami Barisana Nasional (BN) perlu diberi peluang kembali untuk membentuk kerajaan dengan majoriti yang kukuh.
Kami akan menggunakan mandat kukuh yang diberi insya Allah untuk melipat gandakan lagi usaha bagi melakar masa depan yang lebih baik, yang lebih bermakna, yang lebih sejahtera untuk saudara dan saudari serta anak cucu kita semua.
Ayuh, teruskan perjalanan kebangsaan untuk mencapai wawasan nasional ke arah Malaysia yang maju dan berpendapatan tinggi.
Ingatlah pencapaiannya bukan secara automatik. Ia memerlukan kita melipatgandakan usaha dan meneruskan kesinambungan kejayaan yang wujud.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu, berpimpin untuk menjadikan impian ini sebuah realiti.
Malaysia yang maju, makmur dan selamat penuh dengan peluang serta sarat harapan bagi semua.
Demi Malaysia usaha bakti kita curahkan, kepada Tuhan kita berserah. 


Thursday, March 21, 2013

PRU 13 ?????? APA NASIB ANAK JATI NEGERI SARAWAK????


PRU-13 

APA NASIB ANAK JATI NEGERI SARAWAK....????

TANAH????....OH!!!!...TANAH????

DARI PILIHANRAYA DULU SAMPAI SEKARANG MASIH TIADA KESUDAHANNYA..

ANAK JATI NEGERI SARAWAK HANYA MENUMPANG DI NEGERI SENDIRI!!!


SEKARANG MASANYA UNTUK ANAK JATI NEGERI SARAWAK BANGKIT 

UNTUK MEMILIH SIAPA YANG MAMPU UNTUK MENGEMBALIKAN SEGALA 
 HAK MILIK 

ANAK JATI NEGERI SARAWAK!!!
VIDEO INI AKAN MENCERITAKAN SEMUANYA.....
KEMANA HILANGNYA 

TANAH MILIK ANAK JATI NEGERI SARAWAK



Friday, June 17, 2011

ISU HANGAT DI FB ANAKJATISIBUSARAWAK HINGGA SAMPAI KE SEBENAKU SARAWAK.BLOGSPOT.COM

Dr. Annuar, sudahkah nasib penduduk Kampung Hijrah dibela???



Maujod Abd Rahim posted a comment on our FB wall:

nasib kampung hijrah batu 6 jln oya sibo masih lagi dalam teka-teki.....

gik masih berharap dgn prinsip 1malaysia rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.....

dolok tok awang madah sik maok komited gilak ngan kampong hijrah kerana sayangkan periuknya pun..... sedangkan periuk dak penduduk kpg ya banyak gik...

diharap doktor annuar boleh dijadikan sandaran ngan nasib kpg hijrah....

kita bukan lah dak PATI , tapi PRIBUMI....


31 comments:

Anonymous said...
Saya sik paham provokasi org dalam tok. Dari masa kempen sampei hari tok YB Anuar udah lebih 5,6 kali datang kpg tok nangga masalah dan berjumpa penduduk, termasuk kpg hijrah, seduan dan jeriah. Mun nak 2,3 baruk jadi YB ni lah nampak perubahan dolok. Mun nak mukak isu tok tunggu 2,3 tahun klak. Dun pun lom bersidang, dak pemuda patut nolong juak , iboh komplen jak
Anonymous said...
provokasi......??,saya lagi sik paham mun luahan hati penduduk kpg hijrah dianggap provokasi..!! hanya org luar jak x paham rasa diam dlm kpg yg selama tok kerajaan anggap setinggan... penceroboh tanah kerajaan.... sedangkan sejak tahun 1970an kita telah merayu kpd kerajaan utk mendapat hak milik tanah kpg hijrah.... apa kah provokasi bila kita meluahkan apa yg terbuku dalam hati penduduk kpg selama ini...? nunggu 2,3 tahun..?? semakin hari penduduk kpg hijrah makin bertambah ... nak mendirikan rumah baru untuk anak2 dah sik boleh.... mun dipolah juak... pihak JTS akan nebang rumah ya... syukur kamek sik ngada demonstrasi , masih juak nyokong BN. apa yg diluahkan bukanlah niat provokasi.... terima kasih....
Anonymous said...
Ya lah u org dolok. Gago nak buang bemee. Bemee pun sik panade jaga org juak. gago dgn kuncu kuncunya. tetak terbahak bahak sik tentu pasal. u org sibo ya, next time be smart. Get someone down to earth jadi YB. Jgn terus milih pembangkang. Masa dolok, patutnya u org paksa Bemee selesae masalah kg hijrah tok sebelum nak nyokong pencalonan semulanya. Paksa Bemee abis abis dolok, mun nya sik mauk, baruk u buangnya. Tok sik. U org terus buangnya dan milih org lain. Bemee pun ada masalahnya. Nya sik ngecheck dirik pun. Gago nak jaga org keliling ajak. Pemuda PBB sia pun bakok juak. Nya sik faham, zaman tok rakyat berkuasa. Jangan maksa rakyat milih Bemee tanpa sebab. Jangan gago nak ngejar kekayaan ajak. ya lah jadinya. Kesian sidak Sibo kenek tok. YB baru sik njaga sidak ya.
Anonymous said...
ehh apa gago dolok,mabok dolok aihhh
Anonymous said...
manusia mun nyo udah sik maok faham selama2 yo lah nyo sik akan pernah faham ... statik serba serbi ... nok nyo jak betoi,, org lain semua salah ... nyo sik akan do kejo lain ...
Anonymous said...
Mintak tulung Bemee jak. Pergi rumahnya bagus bagus. Ne tauk nya mauk nulung.
Anonymous said...
Mun cam ya cuba mintak tulung Bemee jak. Polah appointment jumpa nya. Nya orang okay bah. Opis nya masih dekat BSN ya. Jumpa Bemee, padah ngan nya apa masalah kitak orang. Aku rasa mauk Bemee nulung. Di forum tok ne ada org YB baru ya balas komen kitak orang. Lewat jak nya. Belum lamak berkempen, dan janji. Kinek tok lewat jak nya sik kisah. Ya lah Bemee bagus. nya boleh nulung. Cuba jak
Anonymous said...
Dr Anuar is a willing YB yg dah lamak eyeing the seat. He mastermind usaha menjatuhkan Bemee di Nangka. He regarded himself as better than Bemee. So, sik salah people to have higher expectation because normally a willing YB dah ada plan pa nak di polah. Mun dah nya pun bongok juak macam Bemee, pa la guna terhegeh-hegeh nak jadi YB???!!! pakey ncarik kabel untuk menoh poket jak???
PEMERHATI POLITIK SEMASA said...
YB Dr. Annuar belum sampai 2 bulan jadi wakil rakyat & belum lagi angkat sumpah pun. Walaupun demikian, YB baru sudah menampakkan kesungguhannya untuk berkhidmat kepada rakyat: 1. YB baru sudah membuka Pusat Khidmat DUN Nangka yang bersifat mesra rakyat kerana tiada masalah tempat letak kereta & berada di tingkat satu sahaja agar mudah dikunjungi. Adalah lebih bijak jika dapat berhubung terus dengan YB tentang apa2 masalah yang dihadapi. 2. Dalam tempoh yg singkat, YB baru kita telah berjumpa dengan hampir semua Ketua Jabatan Kerajaan & juga agensi2 tertentu untuk menjalinkan kolaborasi yang bijak agar masalah rakyat dapat dibincang bersama & ditangani dgn lebih berkesan lagi. 3. Jangan terlalu cepat menuding jari kepada YB baru kerana selaku orang baru dan belum pun sampai 2 bulan berkhidmat, banyak perkara perlu dibincang selepas menerima aduan daripada rakyat termasuklah masalah di Kpg Hijrah. Masalah ini adalah merupakan salah satu masalah 'top list' YB bahkan telah beberapa kali melawat ke kampung tersebut untuk meninjau masalah berkaitan secara dekat. Beri peluang & masa kepada YB untuk menangani masalah ini secara bijak sedangkan dalam tempoh 15 tahun pun gagal diselesaikan. 4. Peringkat awal menjadi YB ini adalah peringkat perancangan strategi bagi YB untuk meninjau, memahami & mencari jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang diadukan oleh rakyat. Bahkan kebanyakan masalah yang dikemuka-kan adalah masalah2 lama yang gagal ditangani sebelum ini dan apabila mendapat mandat perlu terima masalah2 tertangguh ini dengan hati yang ikhlas. 5. Selain perjumpaan dengan Ketua2 jabatan Kerajaan & agensi2 tertentu, YB sudahpun mengadakan perjumpaan dengan Ketua2 masyarakat & kaunselor, Pengerusi2 masjid & surau, ketua2 rumah panjang & masa Gawai tempoh hari berjaya melawat kesemua rumah panjang dalam DUN Nangka. Melalui pertemuan ini, YB telah mendapat banyak maklum balas yang positif, pelbagai cadangan utk menambahbaik tahap kehidupan rakyat & juga pelbagai keperluan & keperluan asas yang belum dinikmati oleh rakyat. Insya Allah, memandang kepada momentum yang ditunjukkan oleh YB baru kita, kita yakin beliau tidak akan mendiamkan diri selagi masalah rakyat belum ditanganinya. Berilah peluang & masa kepada beliau untuk mengkaji, menilai & mendapatkan dana utk menyelesaikan pelbagai masalah yang telah beliau terima. Kita yakin, kepercayaan yang kita berikan kepada beliau tidak akan beliau sia2kan dan komitmen beliau adalah berkhidmat kepada rakyat.
Anonymous said...
Yang nulis di atas ya, iboh nak berik publisiti pada YB baru ya. Ne action nya ne ? Mun nya lebih bagus dari Bemee, kenak orang kampung Hijrah ya masih complain ?
Anonymous said...
sememangnya orang kampung hijrah dari tahun 2001 (janji bemee time kempen ia hanya tinggal janji). mcm ne nak mengharap nya gk..?? pikir jak sia.. sapa2 dekat ngan bemee ia, tanyak berapa org dah org2 kampung hijrah dah pergi turun nait offis nya masa d awal2 issue tk.. apa tindakan dah d ambik nya?? dan apa respon nya kepada penduduk kampung hijrah selamaknya megang dun nangka ia??? da respon dari nya kah??? xpat di nafikan respon nya ada ia, tapi dengan sapa respon ia? pernahkah ktk org tauk siapa penghuni kampung hijrah ia??? bukan stakat bemee jak berjanji ia, the late robert lau pn berjanji juak. janji tinggal janji... makin hari makin ssh hati penduduk kampung.. da kah akan d usir macam burung d atas pokok ia... time berkempen manis jak mulut berjanji bha.. yang sungguh kesian lah, penduduk2 asal yang dapat surat mengenai issue tanah tk da yang dah pergi selamakny bersama kenangan yang sedih, bila mana terpaksa menjadi pengemis dan penduduk haram tanah di teroka sekian lama....
dabei said...
bemee dah sikda dlm pbb... benda dah lepas, biar lepas, apa yg patut di pikir masa tok adalah kuncu2 bemee masih ada, sidak tok la salah satu faktor org melayu sibu sik maju, mun xkaya dari bemee, kaya dari duit bini.. sapa yg tauk, tauk la... muka nya ngegeh2 masa penamaan calon pilihanraya dolok... sapa tauk? aku nang x suka org tok ehh...salu nya nya tok kepus isap rokok depan kedei buku bininya pasya kedei kopi, pasya jalan2, best kan keja mcm ya.. org kampung sik di tanga, kesian ehh
Knights of Saladin said...
Saudara saudari Kampung Hijrah, Knights of Saladin menulis.... Saya tumpang simpati terhadap nasib saudara penduduk semua. Namun saya berharap YB yang baru Dr Annuar dapat berbuat sesuatu menyelamatkan kampung itu. Saya dah lama tak berada di Sarawak cuma baru baru ini. Tetapi dari pemerhatian saya dari jauh, mungkin betul Dato' Awang Bemee telah mengabaikan saudara saudari semua. 3 penggal masa yang terlalu lama dan nampak sangat YB dulu tu mengabaikan isu ini. Saya berdoa semoga dari sekarang saudara semua akan dapat masa depan yang lebih cerah. Tengok lah apa YB Dr Annuar akan buat dan saya harap beliau berjaya membela saudara saudari semua. Sekian, Wassalam - Yang bersimpati
Anonymous said...
bila penduduk kampung tok cuba mengadu nasib dan meluah perasaan lalu di padah complain lah dan macam-macam... pernahkah kita berada di tempat daknya yang merasa perit dan sedih bila hidup bukanlah mewah dan bukannya duduk di mahligai istana semacam menteri-menteri kita. susah gilakkah kerajaan BN tok nak bertolak ansur dengan rakyat yang cuma megang kuasa pensil mangkah waktu election dan bukannya kuasa untuk merampas hak yang telah dirampas oleh sesiapa yang berkuasa mengawal apa di mauknya. mun di lihat keadaan semasa, adakah kaum pribumi akan terus di usir dari kawasan yang mulai maju dan merasai nikmat pembangunan ke suatu tempat yang tidak di ketahui akan pembangunan nya... mun tok kerajaan pakatan rakyat, dah tentu di kira pencapaian dan janji2 yang dah di tunai berdasarkan hari memerintah.. kerajaan baru BN sarawak dekat 100 hari, adakah janji sudah di tunaikan? issue tanah jak cukup...
pembangkang sibu said...
ada sapa2 org pbb dlm tok ka? aku maok cabar nya berdebat dgn aku!!!!! apa motif ktkorg masuk pbb? adakah utk glamor? atau duit? udah gik ya jang... tobat gik bah... jgn penting dirik pun jak... banding sarawak tok dgn melaya... maju kan?? maju taik palat... selangor apa ada? pasir jak ada... penang apa ada? singapore paling senang, nok negeri xda apa2, setanding dgn brunei nok byk minyak... serupa la mcm sarawak, apa ada kita? jalan berdebu... projek besar di ambik dak taib.. projek kecik2 ambik oleh YB taik palat... KITA? padan muka... sapa nyuruh sokong BN... YB pun x guna mcm bemee ya... dak kuncunya awang ya nang x guna..... sama juak iskandar duak amir ya.. muka ngegeh... radin buntuk pun x kurang juak lakonannya... sokong lagi BN ya... paloi....
Anonymous said...
yb baru tok tehegeh-hegeh maok ganti bemee. bertaun-taun nganok bemee. bertaun-taun ngasut anak-anak mudak agar melawan bemee. kinek tok, nya dah berjaya. bemee tersungkur. sik patut yb tok sik da idea ataupun pelan tindakkan yang dapat dipolah serta merta kerna nya dah bertaun-taun ngasut orang pbb untuk munuh bemee. bodo juak orang pbb yg pecayak kelakar yb baru tok sik cek dolok ney pelan tindakkannya sebelum sama-sama bersetuju dengan yb baru tok untuk munuh bemee.
Awang Draup said...
Apa masalah kitak orang dgn YB Dr Annuar Rapaee ? Saya melihat kebanyakkan kata-kata yang memburuk-burukan Dr Annuar adalah komen dan pandangan peribadi daripada orang-orang yang kecewa... Kita hormati keputusan Dato' Awang Bemee berundur kan ?? Ni ada Mantan Dato YB Awang Bemee tersungkur...kira step down with pride lah ya....apa kitak org nak banyak cakap...Dato Bemee sendiri sik berbunyi....nya sendiri umum undur diri dalam press pada sehari sebelum nama calon diumum... Jadi , ni ada isu YB Dr Annuar backstab sitok jang...Bytheway, Kaunselor Strongly recommended ditukar, beriklah dengan muka-muka baru orang muda-muda yang rajin bekerja dan benar-benar nak nolong YB Dr terus berjaya. Tidak dinafikan Abg Amir, Abang Iskandar, Awang Julaihi memang sik perlu agik dah pegang jawatan dalam parti dan pentadbiran DUN Nangka. Saya harap sidak letak jawatan segera kerana banyak gilak dah laporan dari rakyat nangka mintak sidak tok dikeluarkan segera.
Peridah said...
saya bukan nyokong sapa2.... tapi nang benar, banyak orang kampung madah nasib nya berkempen sik ngembak dak muka lamak2 ya...mun sik belum tentu org ngundi.... saya rasa YB Nuar perlu segera menukar n meletak orang-orang nya sendiri yang berada diluar ya untuk menjaga penduduk di nangkak tok.... kalau sik HABIS lah di tipu, dibelot dan dicantas oleh org2 berkenaan dari dalam parti ya sendirik... banyak orang sik suka uuuu... tapi banyak org suka pun sik dpt nak berbunyi
Anonymous said...
Assalamualaikum wrbt. Beri lah YB baru kesempatan " to put things right ". Saya bukan orang politik tapi saya simpati dengan orang kampung yang diabaikan di masa lampau. Dan orang orang kanan mantan YB yang lalu tu, jadi lah orang yang budiman ( gentlemen ). Kepimpinan baru perlu orang baru. Jadi please relinquish your posts. Don't make it any difficult for the new assemblyman to do his job and run his constituency. Penduduk Melayu Sibu masih sokong BN, so let them be rewarded for their support. Jadi buat muka satu sen dan masih lagik nak jadi councillor di situ.
Anonymous said...
PEMBETULAN SAYA pada post di atas. " Jangan buat muka satu sen dan masih lagik nak jadi councillor di situ..."
Anonymous said...
terima kasih ngan dak merik komen diatas... , pbb nang ada dikpg kmek..., tapi hanya takat nama jak... ,mun ngada masyuarat agung... hanya dak kuncu2 cikgu abu jak nok hadir.... bila dpt peruntukan dr parti/mrp... balun nya sorang jak.. , kmek kpg hijrah tok bak kata pepatah melayu dah jatuh ditimpak tanggak ditimpak pulak ngan pasu bunga....mun bunga bagus endak juak hal, tok bunga taik manok.... harap2 YB Dr dpt nolong kmek kpg hijrah... makin lamak anak2 kmek makin mbesar , nok membesarkan rumah sendiri pun sik dbenarkan dak JTS mun dipolah juak dak JTS akan nebang rumak kmek ... dah ada 2 atau 3 buah rumah dah ditebang , kmek jadi truma.... mungkin cam ya juaklah perasaan dak Pelestin bila rumah daknya diroboh Yahudi.... saya pecaya kerajaan kita bukanlah kerajaan yahudi... masya Allah....
Sebanaku Sarawak said...
(maklumat dari FB) Untuk Makluman Semua , Pusat Khidmat Dun Nangka telah menerima banyak maklumbalas dan aduan berkenaan isu pemilikan tanah dan nasib penduduk dikampung berkenaan, malah ada surat aduan yang bertarikh 10 tahun lalu yang tidak diambil peduli s...ebelum ini juga ada diterima oleh Pejabat Pusat Khidmat. Isu tersebut akan dibawa dalam MESYUARAT KUMPULAN KERJA BERSAMA YANG BERHORMAT MENGENAI ISU TANAH SIRI 1/2011 pada 14 Jun nanti yang akan dihadiri oleh ADUN Bawang Assan, Machan, Tamin dan Nangka manakala Ahli Parlimen Selangau, Lanang dan Kanowit juga bersama-sama hadir dalam mesyuarat bersama pihak Land & Servay Sibu itu nanti.
Anonymous said...
heran juak ku dgn urang yang nganok YB Dr. Annuar ya..hehe. patut bersyukur la YB ya sanggup nak nyapu taik2 bemee dolok. bukan main banyak taik bemee nak disapu nya. di hijrah, jeriah, teku, kpg datu, kpg hilir..byk gik..bkn setakat hal tanah, tapi masalah ekonomi masyarakat bumiputera di nangka juak..termasuk isu sosial...dalam masa 3 bulan nak setel semua ya ka?bemee 15 taun gik sik setel2...berlori-lori jak taik ditinggal..sabar la ooohhh..mana dak pembangkang ya, eboh nk menangguk di aek yg keroh..sori ah mun sapa2 terasa
Anonymous said...
Assalamualaikum wrbt. Saudara semua, Jangan ikut marah hati saja. Tegur lah dengan cara yg baik. Biar lah Dr Annuar try his best. Tapi tak payah lah guna bahasa yang tak elok bila mengkritik orang lain. YB yg dulu gagal, memang betul. Cukuplah untuk menjadikan kegagalan dia tu sebagai sempadan. Pembangkang pun tak usah lah nak ambil kesempatan. Rakyat Sibu tahu siapa yang baik untuk mereka dan untunglah BN dapat calon baik kali ini. Yang baik jadi tauladan, Yang buruk jadi sempadan. Bahasa yang baik melambangkan bangsa yang berhemah. Sekian, INTELLECTUAL ISLAM
Apek Gisin said...
adeh, adeh, awal nar juak mok ngentam Dr Annuar tok. Macam-macam ada.Mun nok marah, marahlah ngan Bemee ya pok. Mungkin juak benar Dr Annuar dah lamak ada niat mok nganti Bemee, tapi aku fikir ya adalah kerana nya tauk Bemee bukan sik berkesan dan timbul rasa tanggungjawab untuk membuat perubahan di kawasan Nangka ya. Jadi pada pendapat saya, berik lah masa untuk Dr Annuar membuktikan nya lebih efektif dari Bemee.
miak kg hilir said...
wpun kmk tok undi pembangkang, tp kmk masih menghargai bemee dah undur, then nuar ada polah perubahan yg bemee xtauk apa benda ya.. TETAPI pembelot PBB mesti du buang... tolong la.. mintak sapa2 ada dlm blog tok sokong la kata kmk tok... tolong buang sidak 3 stoges ya..dgn dak raden buntuk ya... sidak ya dah kaya...carik org lain yg berkaliber, jgn berik kpd yg gila kuasa mcm abg amir ya...iskandar dgn julai ya... si abg amir dgn beradiknya abg iskandar ya mmg sombong ... awang julai ya mata duitan, raden ya nyelit2 n lawa ngembak perut buntuk ya... toolong la... carik org lain.. kesian kmk nangga pbb ya... wpun kmk org pembangkang tp jgn sampei org melayu terus mundur... kmk tok byk ilak dgn rintihan org madah dak tok mmg x di guna n sumbangan mmg xda kepada parti... mun ada projek ka, baruk ada nangga muka, mun sik sori la... masa org banjir entah kemana sidak tok.... mun bemee iboh kata lagik... mmg pengecut... tolong singkirkan org bemee.... plssssssss........ polah jak keja dirikpun sia... sapa sokong ??? angkat tangan..............
awangdasuki said...
salam semua. untuk pengetahuan semua pembaca dan pemilik blog sebanaku, isu pemilikan tanah kampung hijrah ini bukan satu isu baru lagi. Bukan atas sebab isu lama, isu ini tidak menjadi agenda untuk YB baru kita di DUN Nangka, di sini saya ingin memuji kesungguhan dan keyakinan yang ditunjukkan oleh YB. DR. ANNUAR RAPAEE di dalam mengetengahkan isu pemilikan tanah ini kepada pihak berwajib. Bagi mereka yang belum ketahui lagi, dokumen yang berkaitan mengenai isu pemilikan tanah dan profil kampung hijrah telah saya dan ayah saya serahkan kepada YB. Untuk makluman semua, YB telah memberitahu bahawa isu pemilikan tanah penduduk Kampung Hijrah akan dibawa ke dalam mesyuarat bersama pihak Land and Survey Sibu pada 14 Jun ini dan sebarang berita dan update mengenai permasalah ini akan dimaklumkan kemudian. Justeru itu, saya berharap bagi mereka yang sudah membaca dan mengetahui mengenai perkara ini untuk tidak mengadakan-adakan cerita dan tuduhan yang tidak berasas mengenai perkembangan semasa tentang isu ini dan juga tuduhan terhadap YB yang sedang berusaha membantu kami. Jika ada dikalangan pembaca berasal dari kampung hijrah, sila maklumkan mengenai perkara ini kepada semua sanak saudara yang masih berada di kampung mengenai perkembangan semasa ini. sekian. terima kasih. awang dasuki (penduduk kampung hijrah)
Anonymous said...
isu pemilikan tanah tok mesti diwar-warkan atau dikecoh-kecohkan tanpa mengira orang yang nulung ya ikhlas kah sik. mungkin bemee ada usaha tapi he diamkan jak. sik maok kecoh kerna mungkin ya stail nya. mun sik diwar-warkan ataupun dikecoh-kecohkan, tunggu jak 20 tahun agik. kita ekot stail cina. mintak seposen dari perintah, sigek sarawak digegarnya. dipadahnya seluruh dunia yang BN tok sik adil walaupun sebenarnya BN tok adil kerana cina tok bukan pribumi. barukla BN maok berik walaupun dengan terang-terang anak pribumi dianaktiri bila cina diberik. mun yb baru terasa, nasib la. sapa nyuruh nya maok jadi yb?
Melayu 'kecinaan' said...
Do we, the Bumis, need to be ungrateful like the Chinese in order to get what we want from the BN government?
geng bas sekolah said...
Kdg kdg aku tedah dan jaik hati nagga urg urg Bemee.Drai masa nomination sampei lah kinek tok mcm2 jak bunyi pahat sidaknya.Sampei ada cerita yg di sebar tek jenaka kalik jak..yang bemee tek nak dicalonkan tapi kenak sabotaj..last minit namanya ditukar oleh urg2 tertentu,yalah Taib tek marah konon kononya..Yalah juak konon2nya keluarga Bemee tek sik maok turun ngundi sebab merasa Bemee tek kenak khianat...Hhahaha...ooo kitak..dongeng nya juak cerita ya koh.Lewat juak paloi urg atas dpt ditukar ganti nama mcm ya.Dah YB baru menang tek,pikir sekda agik cerita..aih..ada juak padu.YB baru nok baruk beberapa bulan tok nak di kondem esp tentang isu nak diperam oleh nok lamak....Sabarlah..Ketahuilah,kmk urg yg tekun nengar cerita dongen tok bukannya percayak ..tapi rindok nak nangga muka ktk urg becerita penuh kesungguhan tentang isu nama ditukar last minit ya.maka sekolah tapi sik ada berpikir..makin ada anak buah nya nak sorang ya..serius kalik jak becerita tentang uncle nya kenak sabotaj..mcm urg paloi jak.kesian ku nangga muka ko.
Anonymous said...
abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap abang iskandar abang amir awang julai raden bulat bujang ngap patut di singkirkan.... takbir...
kampunghijrahdalamdilema said...
TAHINAH PADA YB. DR. ANNUAR RAPAEE KERANA TELAH TURUN PADANG DAN BERJUMPA WAKIL PENDUDUK KAMPUNG HIJRAH... PADA YANG TIDAK TAHU HUJUNG PANGKAL DAN MEMBURUKKAN KEADAAN DIMINTA JANGAN MENABUR FITNAH DISINI CUKUPLAH ANAKJATISIBUSARAWAK MENDERITA HASIL KETAMAKKAN ANDA SEMUA YANG TERUS MENEGAK BENANG YANG BASAH ANAKJATISIBUSARAWAK TAHU AKAN SEMUA APA YANG BERLAKU SEMASA PEMERINTAHAN YB TERDAHULU DAN KAMI ANAKJATISIBUSARAWAK AKAN TERUS MENYOKONG USAHA DARI YB. DR. ANNUAR RAPAEE UNTUK TERUS MEMBELA NASIB ANAKJATISIBUSARAWAK. SEMOGA ALLAH AKAN BERSAMA PADA PIHAK YANG BENAR DAN MEMBANTU NASIB ANAKJATISIBUSARAWAK YANG TERUS DIANIAYA OLEH SAUDARA SEISLAM SENDIRI. SEMOGA GOLONGAN YANG MUNAFIK INI AKAN MENDAPAT BALASAN YANG SETIMPA DENGAN APA YANG MEREKA BUAT SELAMA INI. memohon kebenaran dari tuan blog untuk saya share entry ini kedalam blog http://kampunghijrahdalamdilema.blogspot.com/