KAMPUNG HIJRAH DALAM DILEMA

KAMPUNG HIJRAH DALAM DILEMA

PERSOALANNYA

· DENGAN IZIN ALLAH SWT, BN NEGERI SARAWAK AKAN BERJAYA MEMBENTUK KERAJAAN BARU SELEPAS PILIHAN RAYA NEGERI PADA 16 APRIL 2011.

APAKAH YANG AKAN TERJADI KEPADA KAMPUNG HIJRAH?

· SEGALA IKHTIAR DAN TITIK PELUH WARGA KAMPUNG HIJRAH BELUM MENDAPAT RESTU DARIPADA ALLAH SWT. SERTA TIDAK MENDATANGKAN HASIL YANG DIHARAPKAN SELAMA INI

· SEBABNYA, KUASA PEMIMPIN MASA KINI TERLALU “HEBAT” BERBANDING KUASA ALLAH SWT

· APAKAH KEDEGILAN PENDUDUK KAMPUNG HIJRAH UNTUK BERPINDAH SELEPAS DIBERI AMARAN KERANA MEMPERTAHANKAN HAK KE ATAS TANAH MILIK SENDIRI MENGUNDANG “BENCANA” SERTA KEDAIFAN YANG MELANDA PADA MASA KINI????

· KAMPUNG HIJRAH SUDAH DIISTIHARKAN SEBAGAI ZON TIDAK SELAMAT

· ANDAIKATA BN MENANG PILIHAN RAYA KE 10 , PASTINYA TSUNAMI BN DIRAMAL MEMBADAI KAMPUNG HIJRAH LEBIH DASYAT LAGI BERBANDING TSUNAMI YANG MELANDA JEPUN PADA 11 MARCH, 2011.

AYUHLAH! SAUDARA-SAUDARI.

BERSEDIALAH UNTUK MENYELAMATKAN DIRI, KAUM KELUARGA SERTA HARTA BENDA KITA DARIPADA MALA PETAKA YANG BAKAL MELANDA KITA SELEPAS 16 APRIL 2011

KAMPUNG HIJRAH, KAWASAN N.49 NANGKA SIBU



bloody wealth/harta berdarah,taib mahmud

TERKINI DARI KAMEK

Saturday, April 2, 2011

Hak rakyat sarawak terhadap tanah tidak terjamin

Hak rakyat sarawak terhadap tanah tidak terjamin 
 MP Kuching

Date: Tuesday, March 22 @ 19:40:53 PDT
Topic: Berita

KUCHING : Rakyat Sarawak terutamanya Penduduk Asal masih dibelenggu dengan isu pemilikan hak tanah yang menjadi 'masalah besar' yang sentiasa menghantui mereka.
Ini berikutan dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) sarawak yang sengaja membiarkan status tanah rakyat ini tiada satu definisi yang jelas yang boleh menyatakan hak tanah mereka, kata ahli Parlimen DAP Bandar Kuching, Chong Chien Jen.


Beliau berkata demikian ketika ditemui Harakah di sini 13 Mac lalu dalam program Himpunan Tanah Rakyat Sarawak.
Beliau memberikan contoh, penduduk Melayu di Sibu masih dibelenggu isu pemilikan hak tanah kerana permohonan hak gera tanah mereka tidak pernah dilayan oleh kerajaan negeri sejak sekian lama.
Hanya selepas kematian ahli Parlimen Sibu, Tan Sri Roberts Lau sahaja dan berlakunya pilihan raya kecil Sibu, hak geran tanah rakyat diberikan, kata Chong yang juga Setiausaha DAP Sarawak.
Ujar Chong, hakikat yang berlaku di Sarawak ialah rakyat tidak pernah dilayan secara adil dalam mendapatkan hak tanah mereka walaupun berpuluh tahun lamanya mendiami kawasan tersebut.
Ujar Chong, Di sarawak isu yang paling kritikal adalah isu tanah-tanah yang dimiliki penduduk asal yang mendiami kawasan berkenaan sejak nenek moyang mereka lagi,  tetapi tidak mempunyai geran.
Ianya menyebabkan hak mereka dalam pemilikan tanah secara 'legal
tidak terjamin, katanya.
Malah, tanah-tanah yang sudah dikeluarkan geran kepada pemiliknya juga tidak boleh dijadikan asas kepada hak itu terjamin kerana kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan boleh merampas dengan sewenang-wenangnya, katanya.
Anggapan orang awam di sini kononya jika memiliki geran, hak mereka ke atas tanah sangat terjamin, kata Chong.
Namun sebenarnya tiada peruntukan dalam Kanun Tanah Sarawak yang jelas menjamin hak tanah rakyat asal negeri ini kerana kerajaan boleh mengambil hak tersebut bila-bila masa dengan harga pampasan tidak ditentukan secara terperinci, kata beliau.
Ini kerana jika kerajaan merampas tanah rakyat, kanun tersebut tidak menyatakan secara jelas pampasan, sebaliknya ianya tertakluk kepada pampasan yang perlu dibayar kerajaan, ujarnya.
"Bagaimana dan bila di bayar tidak ada peruntukan dalam Kanun Tanah Sarawak, kita nampak bangunan Dun Sarawak yang baru, tanah dikelilingnya telah diambil untuk tujuan membina bangunan baru Dun Sarawak, beberapa pemilik rumah di sana di bayar pampasan tanah begitu kurang,
"Mereka merayu kepada mahkamah tentukan apakah jumlah pampasan yang wajar dibayar?Isu pengambilan tanah ini telah berlaku beberapa tahun lalu hingga sekarang ini bangunan baru Dun Sarawak telah siap, tetapi isu pampasan masih tidak selesai.
"Saya bangkitkan isu ini  beberapa kali di sidang Dun, namun saya dihalau keluar," katanya.
Lebih mengecewakan, rayuan penduduk bagi mendapatkan hak pampasan mereka pada kadar yang sepatutnya tidak diendahkan, malah perbicaraan di mahkamah untuk mendengar kes rayuan ini juga. belum didengari lagi meskipun untuk pendengaran pertama, katanya.
Ujar Chong, isunya ialah meskipun penduduk memiliki geran tanah, namun kerajaan negeri mempunyai kuasa yang mutlak untuk mengambil tanah mereka sewenang-wenang tanpa pampasan yang setimpal.
Kerajaan pula mengambil sikap untuk tidak menyatakan bilakan pampasan tersebut akan dibayar kerana kanun tanah Sarawak sendiri tidak mempunyai peruntukan yang menetapkan bilakah tempoh masa yang perlu dituruti kerajaan untuk membayarnya.
Dalam kes tertentu membabitkan kawasan lain, ada mangsa yang tidak dapat pampasan mereka meskipun selepas 10 tahun tanah dirampas oleh kerajaan dan diserahkan kepada syarikat kroni, katanya.
Chong juga mendedahkan, di Bakoh, 3000 ekar diambil kerajaan Taib Mahmud yang membabitkan geran milik kaum Melayu, Cina dan Iban di sana.
"Semuanya ada milik geran, harga pasaran RM200,000 seekar, tetapi pampasan yang dibayar atas rampasan tanah hanya RM40,000 satu ekar?Adakah ini wajar, kerajaan menggunakan Seksyen 47 Kanun Tanah Sarawak dengan amaran notis kerajaan mungkin akan ambil tanah,
"Seksyen ini telah diletakkan di atas tanah-tanah rakyat sejak tahun 70-an dan sejak tahun 70-an sampai sekarang ini mereka nak buat permohonan majukan tanah mereka tak dapat diluluskan kerana kerajaan mungkin akan gunakan tanah itu," katanya menerangkan status tanah di sarawak dan undang-undang yang menzalimi rakyat.
Sejak tahun 70-an kata Choneg sehingga kini tanah-tanah rakyat dibekukan di bawah seksyen 47, kini kerajaan ambil, tetapi bayar hanya pada kadar 1/5 berbanding harga pasaran, katanya.
Chong juga mendedahkan, di Bandar Kuching, ada sebidang tanah setinggan yang didiami penghuni rakyat tempatan, tetapi dihalau oleh kerajaan negeri hanya untuk memberikan tanah itu kepada kroni.
Tanah seluas 269 ekar ini telah diberikan kepada syarikat yang dipercayai,Syarikat Monada Sdn BHD dimiliki oleh anak-anak Taib Mahmud selain juga didakwa dimiliki syernya oleh anak-anak Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri George Chan berjumlah 12 peratus.
 Chong juga mendakwa, kekayaan Taib Mahmud terhasil dari pelbagai kurniaan projek dan tanah yang diberikan lansung kepada anak-anak dan syarikat berkepentingannya antaranya CMS sdn Bhd.
Pelbagai bantahan dan gesaan siasatan dibuat pelbagai pihak, namun setakat ini SPRM masih mendiamkan diri malah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak juga berdiam diri, katanya.



This article comes from Detikdaily
http://www.detikdaily.net/v5

No comments:

Post a Comment