Kedudukan boleh dirujuk melalui latitude 2°17'28.99"N longitude 111°54'19.42"E
KAMPUNG HIJRAH DALAM DILEMA
KAMPUNG HIJRAH DALAM DILEMA
PERSOALANNYA
· DENGAN IZIN ALLAH SWT, BN NEGERI SARAWAK AKAN BERJAYA MEMBENTUK KERAJAAN BARU SELEPAS PILIHAN RAYA NEGERI PADA 16 APRIL 2011.
APAKAH YANG AKAN TERJADI KEPADA KAMPUNG HIJRAH?
· SEGALA IKHTIAR DAN TITIK PELUH WARGA KAMPUNG HIJRAH BELUM MENDAPAT RESTU DARIPADA ALLAH SWT. SERTA TIDAK MENDATANGKAN HASIL YANG DIHARAPKAN SELAMA INI
· SEBABNYA, KUASA PEMIMPIN MASA KINI TERLALU “HEBAT” BERBANDING KUASA ALLAH SWT
· APAKAH KEDEGILAN PENDUDUK KAMPUNG HIJRAH UNTUK BERPINDAH SELEPAS DIBERI AMARAN KERANA MEMPERTAHANKAN HAK KE ATAS TANAH MILIK SENDIRI MENGUNDANG “BENCANA” SERTA KEDAIFAN YANG MELANDA PADA MASA KINI????
· KAMPUNG HIJRAH SUDAH DIISTIHARKAN SEBAGAI ZON TIDAK SELAMAT
· ANDAIKATA BN MENANG PILIHAN RAYA KE 10 , PASTINYA TSUNAMI BN DIRAMAL MEMBADAI KAMPUNG HIJRAH LEBIH DASYAT LAGI BERBANDING TSUNAMI YANG MELANDA JEPUN PADA 11 MARCH, 2011.
AYUHLAH! SAUDARA-SAUDARI.
BERSEDIALAH UNTUK MENYELAMATKAN DIRI, KAUM KELUARGA SERTA HARTA BENDA KITA DARIPADA MALA PETAKA YANG BAKAL MELANDA KITA SELEPAS 16 APRIL 2011
KAMPUNG HIJRAH, KAWASAN N.49 NANGKA SIBU
Monday, April 11, 2011
Selamat Datang ke Sarawak buat semua pemimpin PR
Wednesday, April 6, 2011
MASYARAKAT MELAYU DAN BUMIPUTRA SIBU INGINKAN HAK MEREKA TERJAMIN!!!
Kisah pemimpin terdahulu:
sumber dari sebanaku-sarawak.blogspot.com
Datuk Patinggi YAB Mohd Najib Tun Abdul Razak,
Office of The Prime Minister,
Main Block, Perdana Putra Building,
Federal Government Administrative Centre,
62502 Putrajaya, MALAYSIA
Datuk Patinggi YAB PM,
RE: Analisa Pilihanraya Kecil Sibu
___________________________________
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara diatas.
Saya mengambil keputusan untuk memberanikan diri untuk berkongsi dengan Datuk Patinggi YAB PM pandangan saya mengenai pilihan raya kecil di Sibu baru-baru ini kerana saya merasakan bahawa ianya mampu membantu Datuk Patinggi YAB PM memahami faktor-faktor yang membawa kepada kekalahan Barisan Nasional kepada Democratic Action Party (DAP).
Maafkan saya sekiranya Datuk Patinggi YAB PM merasakan bahawa saya cuba untuk menunjuk pandai memandangkan Datuk Patinggi YAB PM telah lama berkecimpung dalam politik. Bahkan sejak dari umur diperingkat 20-an lagi.
Walau bagaimanapun, saya bertegas untuk berkongsi pandangan dengan Datuk Patinggi YAB PM.
Menyentuh tentang strategi yang diguna pakai oleh Barisan Nasional untuk pilihan raya kecil tersebut, saya amat yakin sekiranya Datuk Patinggi YAB telah meluangkan masa untuk membaca artikel saya yang bertajuk “DAP Will Win The Sibu By-Election”, sedikit sebanyak akan dapat membantu Datuk Patinggi YAB PM.
Malangnya Datuk Patinggi YAB PM terlalu sibuk untuk meluangkan masa, walaupun sedikit masa, untuk membaca artikel tersebut yang terdapat dalam blog saya – http://sebanaku-sarawak.blogspot.com.
Saya akui bahawa terdapat banyak faktor-faktor yang membantu DAP memenangi pilihanraya kecil yang lepas.
Faktor-faktor yang akan saya sentuh mungkin juga ada dinyatakan dalam kertas kerja keputusan ‘post mortem’ yang diberikan oleh pihak Barisan Nasional Negeri Sarawak.
Namun saya merasa sangsi sekiranya apa yang akan Datuk Patinggi YAB PM baca dalam kertas kerja tersebut akan menyamai apa yang akan saya nyatakan dalam surat ini.
Bahkan saya berani berkata bahawa apa yang akan saya nyatakan ini lebih berani dari apa yang ditulis dalam kertas kerja keputusan ‘post mortem’ yang Datuk Patinggi YAB PM akan terima nanti.
Bagi saya faktor utama yang menyebabkan kekalahan Barisan Nasional di Sibu ialah faktor undi Melayu.
Sekiranya Datuk Patinggi YAB PM merujuk kepada statistik pilihanraya, Datuk Patinggi YAB akan melihat bahawa jumlah pengundi Melayu di kawasan Nangka - iaitu kawasan yang mempunyai kependudukan komuniti Melayu paling banyak di kawasan parliament Sibu - yang turun mengundi telah merosot sebanyak 20 % kepada 48% iaitu rekod jumlah peratusan keluar mengundi yang paling buruk dalam sejarah kawasan pilihanraya Sibu.
Ini menunjukkan ramai pengundi Melayu yang enggan turun mengundi atas sebab merajuk ataupun tidak puas hati dengan sesuatu.
Untuk pengetahuan Datuk Patinggi YAB PM, rata-rata penduduk di kawasan Nangka merasa amat jengkel dengan wakil rakyat mereka Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah yang lalai menjalankan tugasnya sejak dari penggal pertama beliau dipilih sebagai wakil rakyat dibawah bendera Barisan Nasional.
Kaum Melayu amat mengharapkan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah untuk membela nasib mereka yang dipinggirkan oleh SUPP.
Malangnya Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah hanya berminat untuk memberi janji-janji palsu dan membiarkan bangsa beliau sendiri dipinggirkan oleh SUPP.
Perlu dinyatakan disini bahawa telah banyak aduan-aduan dan rayuan-rayuan yang dibuat oleh komuniti Melayu di Kawasan Nangka untuk pengetahuan pihak pemimpin atasan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetapi malangnya kepimpinan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud kelihatan enggan bertindak.
Saya akui bahawa Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tidak boleh tidak dipersalahkan secara total dalam hal ini. Walau bagaimanapun, saya merasakan bawa Datuk Patinggi YAB PM sudah tentu amat setuju individu-individu disekeliling Datuk Patinggi YAB PM amat memainkan peranan yang penting dalam menyalurkan informasi yang betul kepada Datuk Patinggi YAB PM.
Saya merasakan Datuk Patinggi YAB PM tentu masih ingat diketika Datuk Patinggi YAB PM hampir kalah dalam satu pilihanraya umum atas sebab “no problem boss” sindrom.
Merujuk kepada kes Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, Pehin Sri Abdul Taib Mahmud tidak mendapat informasi yang tepat dari rakan baik Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah iaitu Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar yang merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Untuk pengetahuan Datuk Patinggi YAB, sejak dari beberapa tahun yang lepas Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar kian dilihat sebagai mata dan telinga Pehin Sri Abdul Taib Mahmud setelah mendapatkan percayaan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Malangnya Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar telah menyalahgunakan kepercayaan yang telah diberikan oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dengan melindungi kecelaan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah dari pengetahuan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
(Untuk pengetahuan Datuk Patinggi YAB PM, Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar telah banyak melakukan mungkar dalam politik sehinggakan rakan perjuangan dalam Barisan Nasional telah membuat teguran secara halus kepada beliau agar jangan bertindak keterlaluan. Kemungkaran Datuk Seri Mohamad Asfia Awang Nassar tidak akan dinyatakan secara detail disini memandangkan isu yang disentuh ialah rakan beliau iaitu Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.)
Walau bagaimanapun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud akhirnya menyedari kecelaan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah dan kemudiannya menyenaraikan nama Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah sebagai salah seorang dari enam orang Wakil Rakyat yang akan digugurkan untuk pilihanraya negeri yang akan datang.
Malangnya, kematian Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Robert Lau Hui Choi telah mengganggu kelancaran perlaksanaan perancangan yang telah dilakukan oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Kita sebagai manusia hanya mampu merancang namun Tuhan Yang Berkuasa yang menentukan.
Dalam pilihanraya kecil Sibu yang lepas, kemarahan orang Melayu adalah satu kejadian yang munasabah berdasarkan sejarah Kawasan Nangka.
Ahli-ahli PBB telah cuba memujuk komuniti Melayu agar tidak menghukum Barisan Nasional dengan mengundi DAP tetapi malangnya rasa amarah telahpun menebal sehingga menyebabkan mereka tidak dapat dipujuk rayu lagi.
Untuk pengetahuan Datuk Patinggi YAB PM, di saat-saat akhir sebelum tempat pengundian ditutup, ada ahli-ahli PBB yang telah menukar taktik meraih undi dengan mengatakan bahawa sekiranya pengundi Melayu mengundi BN, maka Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah tidak lagi akan dicalonkan sebagai calon wakil rakyat dalam pilihanraya negeri yang akan datang.
Saya merasakan taktik yang dibuat disaat-saat akhir ini berkesan memandangkan ada pengundi Melayu yang termakan dengan pujukan manis ini.
Pada masa yang sama, pengundi Melayu, yang telahpun menyimpan dendam amarah dengan wakil rakyat mereka Datuk Awang Bemee Awang Ali Hassan, merasa terkilan dengan tindakan Datuk Patinggi YAB PM kerana gagal menjenguk bangsa Datuk Patinggi YAB PM sendiri.
Datuk Patinggi YAB PM kelihatan lebih berminat memenangi hati bangsa Cina dan bukannya hati bangsa Datuk Patinggi YAB PM sendiri.
Ini telah menambahkan kepedihan hati bangsa Melayu yang dipinggirkan oleh Datuk Patinggi YAB PM yang ironiknya adalah presiden sebuah parti politik yang mendokong konsep ketuanan Melayu.
Walaupun hakikatnya Datuk Patinggi YAB PM tidak patut dipersalahkan sepenuhnya dalam hal ini memandangkan ianya adalah kesilapan rakan baik Datuk Patinggi YAB PM iaitu the Legendary Sibu Conman (sila rujuk artikel dalam blog saya yang bertajuk The Legendary Sibu Conman) yang telah memberi realiti politik yang palsu dan rapuh kepada Datuk Patinggi YAB PM bahawa orang Melayu tidak memerlukan usaha Datuk Patinggi YAB PM untuk memujuk mereka menyokong BN.
Saya yakin bahawa Datuk Patinggi YAB PM tidak mengetahui bahawa ramai orang Melayu kecewa dengan Datuk Patinggi YAB PM kerana Datuk Patinggi YAB PM gagal menghadirkan diri untuk satu majlis yang mana Datuk Patinggi YAB PM telah diwar-warkan akan menghadirkan diri.
Malangnya, keputusan Datuk Patinggi YAB PM untuk mendengar nasihat the Legendary Sibu Malay Conman telah mendatangkan malapetaka buat BN.
Dari pengiraan kasar saya, jumlah per kepala nilai projek-projek termasuk bantuan kewangan yang dijanjikan oleh kerajaan Barisan Nasional kepada kaum Cina ialah RM84,000 se-kepala manakala orang Bumiputera ialah hanya RM1,075 se-kepala.
Mengapakan nilai se-kepala untuk kaum Cina - yang terdiri dari 25% dari jumlah penduduk Sarawak - lebih dari 8,000 % lebih banyak dari kaum Bumiputera yang merupakan penduduk majoriti Sarawak, iaitu lebih dari 70%?
Bagaimana Datuk Patinggi YAB PM mewajarkan pemberian yang melebihi 8,000% ini?
Amat sedih sekali kaum Melayu kerana dipinggirkan oleh presiden parti Melayu yang mendokong konsep Ketuanan Melayu.
Kepedihan hati ini mengakibatkan pengundi Melayu mengambil keputusan untuk memberi undi mereka kepada DAP.
Ianya adalah lebih bersifat kepada undi protes kepada Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah dan juga kepada Datuk Patinggi YAB PM sendiri.
Menyentuh kepada faktor sokongan kaum Cina untuk SUPP, ianya satu rahsia terbuka (‘open secret’) bahawa kaum Cina memang tidak menyukai SUPP.
Kalau dikatakan bahawa kaum Cina tidak menyukai Barisan Nasional, ianya adalah kurang tepat.
Walaupun diakui bahawa Barisan Nasional turut menyebabkan kaum Cina tidak menyukai SUPP seperti isu premium tanah yang merupakan satu isu yang penting untuk kaum Cina, ianya bukan merupakan satu isu yang bersifat hakiki yang menyebabkan kaum Cina tidak menyukai SUPP.
Kalau dilihat dari segi rekod respon SUPP ke atas permasalahan yang disuarakan oleh kaum Cina, rekod SUPP adalah lebih baik dari PBB.
Dan juga, dari satu sudut, kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh SUPP kepada kaum Cina lebih baik dari kualiti perkhidmatan yang diberikan oleh PBB kepada kaum Bumiputera.
Malangnya, dari segi kerakusan, para pemimpin SUPP menyamai kerakusan pemimpin parti yang diterajui oleh Datuk Patinggi YAB PM sendiri.
Di semua kawasan yang mana kaum Cina dalah majoriti, semua projek pembangunan yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional disapu bersih oleh pemimpin SUPP dan kroni mereka sahaja.
Ini menyebabkan kaum Cina merasa marah.
Kita perlu ingat bahawa kaum Cina secara amnya ialah kaum yang berniaga. Oleh itu, ianya adalah satu perkara yang tidak dapat diterima oleh kaum Cina apabila projek pembangunan yang diberikan oleh Kerajaan Barisan Nasional untuk sesuatu kawasan majoriti Cina, hanya dibolot oleh pemimpin SUPP dan kroni mereka.
Kalau kita bandingkan kawasan Melayu ataupun Iban dengan kawasan Cina di kawasan Parlimen Sibu, Datuk Patinggi YAB PM akan bersetuju bahawa kawasan Cina lebih tersusun atau pun lebih moden berbanding dengan kawasan Melayu ataupun Iban.
Malangnya kontraktor-kontraktor yang ditugaskan untuk melaksanakan projek pembangunan tersebut hanya dari kalangan pemimpin SUPP dan kroni mereka.
Kaum Cina adalah satu kaum yang menitikberatkan perniagaan untuk ‘survival’ tetapi malangnya kek perniagaan hanya dibolot oleh satu pihak sahaja, iaitu pemimpin SUPP dan kroni mereka.
Saya akui bahawa ada pemimpin Melayu yang rakus seperti yang terdapat dalam artikel yang bertajuk “OBYU and The Act Of Betrayal” dan “The Legendary Sibu Malay Conman” dalam blog yang sama, iaitu http://sebanaku-sarawak.blogspot.com.
Walaupun kaum Melayu menyedari bahawa mereka telah ditipu sehingga berbillion ringgit oleh seorang Melayu yang ditugaskan untuk membela nasib meraka di Sibu, mereka hanya merasa terkilan dan bukannya marah.
Ini disebabkan kaum Melayu, secara hakikinya, bukanlah satu kaum yang berteraskan perniagaan tetapi bekerja dengan orang.
Hanya sekerat sahaja yang bekerja sendiri manakala sebilangan besar bekerja makan gaji.
Sekiranya kaum Cina ditipu oleh bangsa sendiri (iaitu pemimpin SUPP dan kroni mereka) sehingga berbilion ringgit, bandar Sibu akan hangus terbakar sebaik sahaja berita pembelotan ini tersebar.
Tapi bukannya kaum Melayu yang terkenal dengan pendirian – “tidak mengapa, nanti Tuhan akan balas”.
Kaum Cina tidak menunggu Tuhan mereka untuk membalas tetapi orang Melayu menunggu Tuhan mereka untuk membalas.
Inilah hakikatnya.
Atas sebab inilah, walaupun Datuk Patinggi YAB PM dan pemimpin Barisan Nasional yang lainnya menjanjikan beratas-ratus juta ringgit untuk untuk projek pembangunan di Sibu, secara amnya kaum Cina tidak merasa “excited” kerana mereka tahu bahawa mereka tidak akan dapat habuan dari projek-projek tersebut.
Kesemua projek-projek tersebut akan dibolot oleh pemimpin SUPP dan kroni mereka yang mempunyai kerakusan menyamai pemimpin parti yang diterajui oleh Datuk Patinggi YAB PM sendiri.
Oleh itu, tidak memeranjatkan apabila janji-janji yang ditaburkan oleh Datuk Patinggi YAB PM gagal memenangi hati kaum Cina untuk mengundi Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil yang lalu.
Para pemimpin SUPP menyedari hakikat ini dan atas sebab itu mereka amat berharap untuk mendapatkan undi dari orang Melayu
Dan para pemimpin SUPP amat mengharapkan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah untuk berjaya mendapatkan undi orang Melayu.
Malangnya SUPP tidak mengetahui bahawa orang Melayu telah begitu marah dengan Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.
Dan mungkin pemimpin SUPP tidak mengetahui bahawa sejak dari pilihanraya kedua yang disertai oleh Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, para pemimpin atas PBB seperti Dato Sro Haji Mohd Asfia Aawang Nassar dan Datuk Amar Awang Tengah Awang Ali Hassan telah melutut dihadapan pengundi Melayu merayu agar mereka mengundi Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah.
Dan pada pilihanraya kecil yang lepas, kaum Melayu telah serik dan nekad bahawa “enough is enough”.
Menyentuh kepada pepecahan dalam kaum Cina dalam parti SUPP di Sibu, secara amnya ianya berasaskankepada dua kumpulan perniagaan besar yang berasaskan keluarga di Sibu yang ketuai oleh KTS and Rimbunan Hijau (RH).
Persaingan diantara kedua-dua kumpulan perniagaan ini amat sengit dan bukan sahaja terhad di bandar Sibu sahaja bahkan dimana-mana sahaja dimuka bumi ini asalkan kedua-dua kumpulan ini beroperasi dalam kawasan yang sama.
Kedua-dua kumpulan perniagaan ini mempunyai penyokong masing-masing.
Bekas Timbalan Menteri Pengangkutan yang lepas Datuk Robert Lau Hui Choi ialah dari kumpulan perniagaan KTS dan calon SUPP dalam pilihanraya kecil tersebut juga dari kumpulan perniagaan KTS.
Bahkan Datuk Robert Lau Hui Choi dan calon SUPP tersebut iaitu Robert Lau Hui Yew adalah sepupu.
Disebabkan ramai anggota kumpulan perniagaan KTS adalah pemimpin SUPP, maka parti tersebut cenderung untuk memberi perhatian kepada kumpulan perniagaan KTS dan ini menyebabkan kumpulan perniagaan RH sering kali ‘memberontak’.
Secara mata kasarnya pertelingkahan politik di Sibu di kalangan kaum Cina ialah diantara pemimpin-pemimpin SUP tetapi secara hakikinya ialah diantara dua kumpulan perniagaan besar ini, iaitu KTS dan RH.
Faktor kaum Iban tidak banyak membawa permasalahan kepada SUPP atas sebab kemarahan mereka berjaya dikawal oleh pemimpin kaum tersebut.
Mereka merasa marah dengan SUPP kerana meminggirkan mereka tetapi mereka masih dapat membendung kemarahan mereka.
Atau sebab itulah undi Iban masih lagi memihak kepada Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil lepas.
Kesimpulan saya ialah adalah satu kesilapan yang besar di pihak Barisan Nasional untuk beranggapan bahawa pengundi Cina dilihat sebagai sasaran utama dalam pilihanraya kecil lepas.
Sasaran utama yang sepatutnya ialah kaum Melayu dan kaum Iban.
Sebanyak manapun wang yang ditaburkan, tidak akan membawa apa-apa makna kepada pengundi Cina di Sibu kerana mereka tidak akan dapat habuan.
Perlu diingati sekali lagi, kaum Cina ialah kaum yang berniaga. Oleh itu, apa-apa projek pembangunan yang diberikan kepada kaum Cina membawa makna mereka juga berhak untuk mendapatkan habuan tersebut, dan bukan hanya dikalangan pemimpin SUPP dan kroni mereka.
Akhirkata, saya harap Datuk Patinggi YAB PM akan dapat meluangkan masa membaca artikel-artikel yang disiarkan dalam blog http://sebanaku-sarawak.blogspot.com untuk mengemaskinikan informasi-informasi yang ada pada Datuk Patinggi YAB PM.
Sekian. Terima Kasih.
Yang benar,
Sebanaku Sarawak
Monday, April 4, 2011
DIMANA KEBENARAN KATA-KATA PM-NAJIB RAZAK !!!! "RAKYAT DIDAHULUKAN"
DUN Sarawak: DAP umum 10 calon lagi, empat muka baru
Senarai nama calon BN sudah dikeluarkan
Senarai nama calon BN yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri itu pada 16 April depan dikeluarkan petang ini.
Menurut senarai tersebut, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bertanding di 35 kerusi, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) 19 kerusi, Parti Rakyat Sarawak (PRS) 9 kerusi manakala Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) 8 kerusi.
Keempat-empat pemimpin parti komponen BN Sarawak akan mempertahankan kerusi masing-masing - Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud (PBB) mempertahankan DUN "Balingian" di Mukah, manakala presiden SUPP Tan Sri Dr George Chan (DUN Piasau).
Presiden PRS Datuk Seri Dr James Masing pula mempertahankan DUN "Baleh" di Hulu Rajang manakala presiden SPDP Datuk Seri William Mawan, mempertahankan DUN "Pakan" di Julau.
Manakala mereka yang digugurkan daripada senarai calon kali ini ialah Speaker DUN Sarawak, Asfia Awang Nasar dan dua timbalan menteri - Dr Soon Choon Teck dan Larry Sng.
Berikut adalah senarai penuh calon BN bagi 71 kerusi yang dipertandingkan.(* menunjukkan muka baru)
N1. OPAR RANUM ANAK MINA (SUPP)
N2. TASIK BIRU DATUK PETER NANSIAN ANAK NGUSIE (SPDP)
N3. TANJUNG DATU TAN SRI ADENAN SATEM (PBB)
N4. PANTAI DAMAI DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI (PBB)
N5. DEMAK LAUT DR HAZALAND ABANG HIPNI(PBB)*
N6. TUPONG DATUK DAUD ABDUL RAHMAN (PBB)
N7. SAMARIANG SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (PBB)
N8. SATOK DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG (PBB)
N9. PADUNGAN SIM KIANG CHIOK (SUPP)*
N10. PENDING PROF DR SIM KUI HIAN (SUPP)*
N11. BATU LINTANG SIH HUA TONG (SUPP)*
N12. KOTA SENTOSA DATUK ALFRED YAP (SUPP)
N13. BATU KAWAH TAN JOO PHOI (SUPP)
N14. ASAJAYA ABDUL KARIM RAHMAN HAMZAH (PBB)
N15. MUARA TUANG DATUK SERI MOHAMAD ALI MAHMUD (PBB)
N16. BENGOH DR BELEK @ JERIP ANAK SUSIL (SUPP)
N17. TARAT ROLAND SAGAH WEE INN (PBB)
N18. TEBEDU DATUK SERI MICHAEL MANYIN ANAK JAWONG (PBB)
N19. KEDUP MARTIN BEN (PBB)*
N20. SADONG JAYA AIDEL LARIWOO (PBB)*
N21. SIMUNJAN MOHD NARODEN MAJAIS (PBB)
N22. SEBUYAU JULAIHI NARAWI (PBB)
N23. LINGGA SIMOI PERI (PBB)
N24. BETING MARO RAZALI GHAPOR (PBB)*
N25. BALAI RINGIN SNOWDAN LAWAN (PRS)
N26. BUKIT BEGUNAN MONG ANAK DAGANG (PRS)
N27. SIMANGGANG DATUK FRANCIS HARDEN ANAK HOLLIS (SUPP)
N28. ENGKILILI DR JOHNICHAL RAYONG (SUPP)
N29. BATANG AI MALCOM MUSSEN ANAK LAMOH (PRS)
N30. SARIBAS RAZI SITAM (PBB)*
N31. LAYAR TAN SRI DR ALFRED JABU (PBB)
N32. BUKIT SABAN ROBERT LAWSON CHUAT ANAK VINCENT PBB)
N33. KALAKA ABDUL WAHAB AZIZ (PBB)
N34. KRIAN DATUK PETER NYAROK ANAK ENTRIE (SPDP)
N35. BELAWAI DATUK LEN TALIF SALLEH (PBB)*
N36. SEMOP DOLAH SAIDOL (PBB)*
N37. DARO MURNI SUHAILI (PBB)
N38. JEMORENG ABU SEMAN JAHWIE (PBB)
N39. REPOK DATUK DAVID TENG (SUPP)
N40. MERADONG LING KIE KING (SUPP)*
N41. PAKAN DATUK SERI WILLIAM MAWAN (SPDP)
N42. MELUAN WONG ANAK JUDAT (SPDP)
N43. NGEMAH ALEXANDER VINCENT (PRS)
N44. MACHAN DATUK GRAMONG JUNA (PBB)
N45. BUKIT ASSEK CHIENG BUONG TOON (SUPP)*
N46. DUDONG DATUK TIONG THAI KING (SUPP)*
N47. BAWANG ASSAN DATUK SRI WONG SOON KOH (SUPP)
N48. PELAWAN VINCENT GOH CHUNG SIONG (SUPP)
N49. NANGKA DR ANNUAR RAPEE (PBB)*
N50. DALAT DATIN FATIMAH ABDULLAH (PBB)
N51. BALINGIAN TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD (PBB)
N52. TAMIN JOSEPH MAUH ANAK IKEH (PRS)
N53. KAKUS JOHN SIKIE ANAK TAYAI (PRS)
N54. PELAGUS STANLEY UNJA (PRS)*
N55. KATIBAS AMBROSE BLIKAU ANAK ENTURAN (PBB)
N56. BALEH DATUK SERI DR JAMES MASING (PRS)
N57. BELAGA LIWAN LAGANG (PRS)
N58. JEPAK DATUK TALIB ZULPILIP (PBB)
N59. KIDURONG HENRY LING (SUPP)*
N60. KEMENA DR STEPHEN RUNDI ANAK UTOM (PBB)
N61. BEKENU ROSEY YUNUS (SPDP)
N62. LAMBIR RIPIN LAMAT (PBB)*
N63. PIASAU TAN SRI DR GEORGE CHAN (SUPP)
N64. PUJUT ANDY CHIA CHU FATT (SUPP)
N65. SENADIN DATUK LEE KIM SHIN (SUPP)
N66. MARUDI SYLVESTER ENTRIE ANAK MURAN (SPDP)
N67. TELANG USAN DENNIS NGAU (PBB)*
N68. BUKIT KOTA DR ABDUL RAHMAN ISMAL (PBB)
N69. BATU DANAU PALU @ PAULUS ANAK GUMBANG (SPDP)
N70. BA'KELALAN ...(akan diumumkan) ...
N71. BUKIT SARI DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASSAN (PBB)
Artikel dari kiff-isme.blogspot.com
http://kiff-isme.blogspot.com
Sunday, April 3, 2011
Adakah BN Sarawak ingin DAP memenangi kesemua kerusi yang telah lama mereka duduki !!!!!!
MALAYSIAKINI - 10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.
Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi. Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi. Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang.
10.35malam: Nampaknya berlaku pertikaian kecil berhubung undi pos. Bagaimanapun, difahamkan SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu tidak lama lagi.
Difahamkan juga, DAP menang antara 300 hingga 400 undi.
10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos.
Mereka kemudian disertai oleh pemimpin DAP Ng Wei Aik, Lim Lip Eng dan Ronnie Liu. Hujan masih turun di Sibu. Penyokong kedua belah pihak yang berpayung, sedang menunggu di luar Dewan Suarah.
10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah.
"SPR sedang menunggu keputusan rasmi undi pos," katanya. Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut."Saya akan jelaskan selepas kami umum keputusannya sebentar lagi," katanya.
10.09malam: Semua pemimpin utama DAP sedang menunggu di Wisama Sanyan, tempat undi pos dikira.
Juga difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulang ke Kuala Lumpur.
9.50malam: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kelewatan SPR mengumumkan keputusan kiraan 2,571 undi pos.
"Pengiraan undi pos bermula jam 5.30 petang dan selesai pada jam 8.30 malam."
Beliau bertanya mengapa berlaku kelewatan lebih satu jam untuk mengumumkan keputusannya.
9.35malam: Pengiraan undi polis telah selesai. Bagaimanapun, wakil DAP gagal memperolehi Borang 15 - yang mengandungi jumlah rasmi, yang ditandatangani oleh pengurus pilihan raya.
Difahamkan BN menang 2,300 undi pos. Ini bermakna DAP menang dengan majoriti 300 undi.Calon DAP Wong Ho Leng belum lagi mahu mengaku menang.
"Saya tak mahu ulas. Tunggulah pengumuman rasmi," katanya kepada Malaysiakini.
9.24malam: Pemimpin DAP menuju ke Wisma Sanyan di mana undi pos sedang dikira. Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang ingin tahu apa yang menyekat SPR daripada mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu.
9.21malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa jumlah pemilih yang keluar mengundi mungkin melebihi 60 peratus.Malaysiakini sebelum ini telah meminta beliau mengesahkan sama ada peratusan yang keluar mengundi adalah 59.86% seperti yang diumumkan oleh SPR sebelumnya.
9.10malam: Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin lain parti itu akan bergerak meninggalkan ibupejabat DAP.Tetapi mereka bukan hendak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, tetapi merancang untuk ke Wisma Sanyan, tempat undi pos dikira.
8.57malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan majoriti 2,590 undi. Sehingga ini, 109 daripada 110 saluran telah dikira.
DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas - 201
Majoriti 2,590
Keputusan setakat ini tidak termasuk satu lagi saluran yang belum dikira dan 2,571 undi pos. BN dijangka memenangi 90 peratus undi tersebut tetapi adakah ianya mencukupi untuk menang?
8.30malam: Keadaan di bilik gerakan DAP dipenuhi kegembiraan dan ada pemimpin DAP telah mengisytiharkan kemenangan parti tersebut, termasuk ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi melalui twitternya.Manakala naib presiden PKR, Azmin Ali, melalui twitternya, turut mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, para pemimpin utama DAP masih mahu menunggu keputusan rasmi.
8.14malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,944 undi. Sehingga ini, 103 daripada 110 saluran telah dikira.
DAP - 18,211
BN - 14,267
Bebas - 138
Majoriti 3,944 Undi pos masih dikira. Keputusan dari kg Ilir Nangka - kubu kuat BN - belum tiba.
8.10malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,279 undi. Sehingga ini, 99 daripada 110 saluran atau kira-kira 95.5 peratus, telah dikira.
DAP - 17,120
BN - 13,841
Bebas - 137
Majoriti 3,279
7.58malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,130 undi. Sehingga ini, 97 daripada 110 atau 93.90 peratussaluran telah dikira.
DAP - 16,786
BN - 13,656
Bebas - 136Majoriti 3,130
7.52malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,048 undi. Sehingga ini, 96 daripada 110 saluran atau 92.6 peratus telah dikira.
DAP - 16,538
BN - 13,490
Bebas - 136
Majoriti 3,048
7.40malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,022 undi. Sehingga ini, 93 daripada 110 saluran atau kira-kira 90.5 peratus, telah dikira.
DAP - 16,178
BN - 13,156
Bebas - 134
Majoriti 3,022
7.35malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,920 undi. Sehingga ini, 92 daripada 110 saluran atau kira-kira 89 peratus, telah dikira.
DAP - 15,981
BN - 13,061
Bebas - 134
Majoriti 2,920
7.30malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,817 undi. Sehingga ini, 90 daripada 110 saluran atau kira-kira 87 peratus, telah dikira.
DAP - 15,655
BN - 12,838
Bebas - 132
Majoriti 2,817
7.15malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,236 undi. Sehingga ini, 83 daripada 110 saluran atau kira-kira 81 peratus, telah dikira.
DAP - 14,83
BN - 12,049
Bebas - 129
Majoriti 2,236
7.07malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan peningkatan majoriti kepada 2,091 undi. Sebanyak 67 peratus undi sudah dikira.
DAP - 11,901
BN - 9,850
Bebas - 99
Majoriti 2,091
7.03malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 1,544 undi. Sehingga ini, 66 daripada 110 saluran atau kira-kira 51 peratus, telah dikira.
DAP - 10,773
BN - 9,229
Bebas - 97
Majoriti 1,544
6.50petang: Hujan mulai turun di Sibu kerana perjumlahan undi sedang berlangsung di Dewan Suarah.
6.48petang: Jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 59.86 peratus atau 32,742 orang.
6.42petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 914 undi. Sehingga ini, 59 daripada 110 saluran atau kira-kira 56 peratus, telah dikira.
DAP - 9,188
BN - 8,274
Bebas - 89
Majoriti - 914
6.38petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP masih mendahului dengan 838 undi.
DAP - 8,888
BN - 8,050
Ind - 87
Majoriti - 838
6.24petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP pula sedang mendahului kiraan undi.
DAP - 7,026
BN - 6,243
Bebas - 52
Majoriti - 783
Sehingga ini, 44 daripada 110 saluran atau kira-kira 43% undi, telah dikira.
"Jelas menunjukkan undi Cina menyebelahi kita," kata pemimpin DAP leader Anthony Loke. "Persoalannya ialah sama ada ia cukup untuk kita menang."
6.16 petang: Kira-kira 150 orang berkumpul di pusat operasi DAP di Sibu. Setiap kali keputusan menyebelahi mereka dipaparkan, mereka bersorak.
6.09 petang: Mengikut pengiraan tidak rasmi terkini, BN mendahului dengan 1,869 undi. Setakat ini, 26 daripada 110 saluran, atau kira-kira 20 peratus undi, telah dikira.
BN - 4,303
DAP - 2,434
Ind - 41
Majoriti - 1,8695.50 petang: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau tidak berpuas hati kerana peratusan keluar mengundi lebih rendah berbanding 67% yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.Sementara itu, Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata proses pengundian berjalan lancar, kecuali insiden kecil melibatkan perang mulut antara penyokong pihak bertanding.
5.40 petang: Beberapa peti undi tiba di pusat perjumlahan utama di Dewan Suarah. Manakala dalam masa yang sama, awan gelap dan angin kuat mula berarak. Hujan lebat dijangka turut.
5.25 petang: Kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan bergerak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, bandar Sibu.
Di sini, kesemua undi akan dijumlahkan. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh pengurus pilihan raya malam ini.
5.05 petang: Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN terus di depan dengan kelebihan 2,097 undi. Sebanyak 19 saluran atau 13 peratus undi dikira.
BN - 3,493
DAP - 1,396
Bebas - 33
5.00 petang: Proses pengundian selesai.
4.53 petang: Sehingga jam 4 petang ini, seramai 31,119 atau 56.9 peratus pemilih telah keluar membuang undi.
4.30 petang: Keputusan tidak rasmi untuk pusat pengundian yang ditutup awal mendapati BN terus di depan dengan 1,930 undi. Setakat ini, 16 daripada 110 saluran telah dikira.
BN - 2,959
DAP - 1,029
Bebas - 18
Daripada 16 saluran itu, sekurang-kurangnya 10 daripada kawasan Iban.
4.20 petang: Menurut keputusan tidak rasmi daripada 15 saluran, BN masih di depan dengan majoriti 1,784 undi.
DAP 1,024
BN 2,808
Bebas 18
Terdapat 110 saluran di Sibu.
3.44 petang: Setakat jam 3 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 29,000 orang atau 53.02 peratus.
3.30 petang: Keputusan tidak rasmi daripada 12 pusat pengundian yang telah ditutup menunjukkan DAP ketinggalan 1,029 undi di belakang BN.
DAP mendapat 810 undi, BN 1,839 manakala bebas 15 undi.
Sudah 21 daripada 45 pusat pengundian telah ditutup setakat ini.
3.15 petang: Kiraan tidak rasmi DAP mendapati mereka ketinggalan 500 undi kepada BN.
Daripada 11 saluran, DAP setakat ini memperoleh 619 undi, BN mendapat 1,100 manakala bebas hanya mendapat 11 undi.
3.10 petang: Selepas 21 pusat pengundian ditutup - di kawasan yang jumlah pengundinya sedikit, terutama di rumah-rumah panjang - pada jam 3 petang tadi, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang kelihatan terus pesimis."Keputusan daripada lapan pusat pengundian - DAP ketinggalan 540 undi," katanya dalam laman Twitter.
"Masih dapat ditebus - tetapi bergantung pada keajaiban Sibu."
2.50 petang: Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata keputusan hasil kiraan di 10 pusat pengundian yang ditutup awal "tidak baik".
"Bolehkah 2 jam 15 minit lagi menampung kekalahan ini? tanya Lim dalam laman Twitter.
Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 21 telah ditutup (10 ditutup pada jam 1, lima pada 2 petang dan enam pada 3 petang). Manakala dua lagi akan ditutp pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.
2.34 petang: Dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 46.29 peratus, sasaran SPR untuk mencapai peratusan sebanyak 80 peratus dalam masa tiga jam lagi dilihat sukar menjadi kenyataan.
"Pada jam 2 petang, sebanyak 63.74 peratus telah mengundi di Hulu Selangor.
"Prospek nampak suram kecuali terdapat peratusan keluar mengundi yang tinggi," tulis tokoh popular DAP Lim Kit Siang dalam laman Twitter beliau.
12.31 tengah hari: Setakat jam 2 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 25,319 orang atau 46.29 peratus.
2.18petang: SPR memulakan pengiraan undi untuk pusat pengundian yang telah ditutup.
DAP juga telah memulakan kiraan tidak rasminya.
Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 10 daripada pusat itu akan ditutup pada 1 tengah hari, lima pusat pada 2 petang, enam pusat pada 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.
2.15 petang: "PENTING! Peratusan keluar mengundi rendah. Ho Leng mungkin kalah, sila ajak keluarga dan rakan-rakan kamu keluar mengundi!" tulis ahli parlimen Serdang daripada DAP
Teo Nie Ching dalam laman Twitter.
1.41 tengah hari: Setakat jam 1 tengah hari, sebanyak 23,103 atau 42.24 peratus telah membuang undi.
12.43 tengah hari: Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 12.30 tengahari, sokongan untuk BN dan Pakatan seimbang.
Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.12.32 tengah hari: Menurut laman Twitter Sibu4change, peratusan keluar mengundi di beberapa pusat pengundian tinggi, setakat jam 12 tadi.
- Di SK Rantau Panjang, BawangAssan PD, peratusan keluar mengundi sebanyak 82.6 peratus. Pusat pengundian ditutup pada jam 1 tengah hari.
- Di SK Sg Pinang, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 72.7%. Akan ditutup pada jam 2 petang.
- Di SK Rantau Panjang has peratusan keluar mengundi sebanyak 80.6%. Ia akan ditutup pada jam 4 petang.
- Di Kg Sg Pasai peratusan keluar mengundi sebanyak 56.5 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.
- Di SK Sg Pasai, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 50 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.
12.31 tengahari: Setakat jam 12 tadi, peratusan keluar mengundi sebanyak 37 peratus atau 20,241 orang.
12.30 tengah
hari: Ahli parlimen DAP bagi kawasan Bakri Er Teck Hwa mendakwa beliau dan pasukan petugas pilihan rayanya dihalang daripada memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sg Aup oleh sekumpulan penyokong Umno yang diketuai oleh naib presidennya Datuk Shafie Apdal. [Baca berita penuh]Shafie bagaimanapun menafikannya.
12.10 tengahari: Calon SUPP Robert Lau berkata beliau yakin dengan peluangnya kali ini.
Ketika ditemui, beliau bagaimanapun menghentam Malaysiakini yang didakwanya berat sebelah dalam membuat laporan.
Katanya, beliau tidak melihat "artikel yang baik tentang dirinya ditulis."
12.00 tengahari: Suasana di kawasan Melayu, SK Bandaran Sibu di Jalan Bandong kini lebih panas berbanding kawasan Cina di pusat bandar.
Kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerja keras berkempen di saat akhir di tepi jalan.
Di sebelah BN, kira-kira 50 Pemuda PBB yang kebanyakannya lebih muda dan agresif. Mereka mengibarkan bendera dan bersorak "BN" dan "Undi nombor satu" setiap kali pemilih melinatas.
Sementara kira-kira 30 penyokong Pakatan lebih senyap dan hanya mengibarkan bendera DAP kepada pemilih.
Ketibaan Ketua Pemuda PAS PKR selepas itu disambut sorakan daripada penyokong BN.
Pihak polis kelihatan berdiri antara kedua-kedua kumpulan penyokong untuk mengawal keadaan.
11.59 pagi: Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 11.30 pagi ini, BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2% dan bebas sebanyak 0.4 peratus.
11.31 pagi: Setakat jam 11 pagi, sebanyak 15,767 orang atau 28.83 peratus telah membuang undi.
10.50 pagi: Pengerusi SPKR Sarawak Takun Sunggah dan Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng memberi amaran kepada petugas PKR kerana mendirikan pondok dalam kawasan 50 meter daripada SJKC Methodist di bandar Sibu.
Seorang pemimpin PKR Pulau Pinang bagaimana menolaknya selagi Takun tidak menunjukkan kepada mereka undang-undang yang relevan.
Takun kemudiannya kembali dan memberitahu pemberita menurut seksyen 26(C) tiada pihak boleh mendirikan pondok.
Beliau juga memberitahu akan meminta polis mengambil tindakan.
10.45 pagi: Suasana senyap sunyi di SJKC Methodist. Terdapat satu kaunter semakan SPR dan pondok panas DAP kira-kira 50 meter daripada tempat pembuangan undi itu.
Sekumpulan penyokong SUPP berkumpul di situ. Tiada kempen, bendera atau sorakan.
10.34 pagi: Setakat jam 10 pagi, 20.61 peratus atau 11,270 orang telah keluar mengundi.
10.30 pagi: Timbalan Ketua Pemuda PKR Fariz Musa mendakwa, terdapat ketegangan di SK Kampung Baru sekitar jam 9.45 pagi, tetapi menurutnya telah selesai.
10.10 pagi Narawi Haron membuang undi di SK HUlu Sungai Merah.
Calon bebas kelihatan itu masih yakin dengan peluangnya apabila mendakwa menerima respons yang baik daripada lawatan daripada rumah ke rumah.
"Saya bangga dengan penyokong sya yang berani melaungkan 'Hidup Narawi' di depan menteri-menteri (BN).
"Saya jangka akan berjaya dapat sekitar 4,000 undi," katanya.
10.05 pagi: Difahamkam setakat jam 9 pagi tadi, 6.33 peratus daripada 3,310 pemilih telah membuang undi.
9.25 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemimpin SUPP Peter Chin dan George Chan melawat SJKC Chung Hua.
Chan berkata, menurut pemerhatian umumnya, jumlah yang turun mengundi masih perlahan.
9.20 pagi: Wong Ho Leng mendakwa kakitangan SPR mendapat latihan yang tidak mencukupi. Beliau mendakwa agen pengundian daripada DAP dan SUPP dilarang masuk lebih awal ke pusat pembuangan undi.
"Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, SPR menghabiskan banyak wang untuk latihan, tetapi kakitangan mereka tidak cukup terlatih," katanya selepas membuang undi bersama insterinya.
Keadaan tersebut didakwa berlaku di banyak kawasan, dakwa Wong lagi.
9.15 pagi: Suasana di pusat pembuangan undi di Malaysia Barat berbeza daripada Semenanjung. Tiada penyokong kelihatan berkumpul di pusat pengundian bagi melakukan kempen di saat-saat akhir dengan membawa lambang parti masing-masing.
Hanya terdapat sekumpulan kecil penyokong parti daripada beberapa pihak di SJKC Chung Hwa. Tugas utama mereka membantu pemilih dan memantau proses pengundian.
8.50 pagi: Ketua SUPP Sibu Wong Soon Koh mengundi di SJKC Chung Hwa.
Beliau meminta pemilih keluar awal membuang undi kerana bimbangkan keadaan cuaca berubah di tengah hari.
Wong juga memberitahu pemberita di beberapa kampung terdapat masalah banjir kecil ekoran air "pasang" di beberapa sungai.
"Tapi kami bersedia dengan kereta lebih besar. Kalau kereta kecil tidak boleh masuk, kereta besar boleh," katanya.
8.10 pagi: Cuaca cerah pagi ini menyebabkan proses pengundian lancar. Pemilih mula berbaris di tempat-tempat membuang undi untuk memilih calon pilihan mereka sama ada Robert Lau Hui Yew dariapda BN, Wong Ho Leng daripada DAP atau calon bebas Narawi Haron.Pemilih dinasihatkan keluar awal untuk membuang undi. Jabatan Kajicuaca meramalkan ribut petir akan berlaku sekitar waktu tengah hari ini.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.
8.00 pagi: Kesemua 45 pusat mengundi dibuka mulai dibuka dalam cuaca baik walaupun dilaporkan hujan pada awal Subuh tadi.
Daripada ketiga-tiga calon bertanding, hanya Wong Ho Leng dan Narawi Haron sahaja calon berdaftar di Sibu.
TERDAHULU
Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi esok hari ini untuk memilih anggota parlimen mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sibu mulai jam 8 pagi ini.
Manakala 2,537 pengundi pos - yang terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis - mengundi pada hari Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan ibu pejabat polis daerah Sibu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran, di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.
Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Robert Lau Hui Yew, calon DAP Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek dan calon Bebas, Narawi Haron.
Hui Yew, , dijadual mengundi di SMK Rosli Dhoby i pada kira-kira 9 pagi manakala Wong akan mengundi di SJKC Goung Ann.
Keputusannya dijangka diumumkan oleh SPR di Dewan Suarah Sibu selewat-lewatnya pukul 9 malam ini.
Kerusi parlimen itu kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga tiimbalan menteri pengangkutan pada 9 April lalu.
Pejabat AMK Jasin









